
APA YANG ANDA KENA TUKAR KALAU MEMANDU KERETA LAMA?
Sesetengah pemandu adalah di kalangan orang yang beruntung kerana mereka tidak perlu membeli kereta. Ini disebabkan mereka memperolehi kereta tersebut secara percuma daripada kakak, abang, ayah, emak atau datuk mereka setelah mereka membeli kereta baru.
Ya anda sangat beruntung kerana tidak perlu membayar ansuran bulanan kereta. Malangnya kereta tersebut mungkin sudah berumur 10 tahun dan anda pula tidak mampu membeli kereta baru buat masa ini. Gaji anda mungkin kecil atau anda ada keutamaan lain yang perlu diberi perhatian seperti membayar hutang belajar
Jadi anda memilih untuk terus menggunakan kereta lama tersebut untuk beberapa tahun lagi sebelum gaji anda naik dan anda berpeluang untuk membeli kereta baru. Kami senaraikan beberapa perkara yang anda kena tengok dan tukar sepanjang penggunaan kereta lama ini. Antaranya ialah:
1. Tali sawat pemasaan – atau disebut juga timing belt, jika kereta tersebut sudah mencapai 100,000km maka ia harus diganti dengan segera. Jika ia sudah diganti pada 100,000km maka penggantian kali kedua mungkin lebih pendek iaitu pada 80,000km.
Sila baca dan semak buku manual yang diberikan secara percuma sewaktu kereta tersebut dibeli, bukan tanya dalam media sosial. Jika anda kurang yakin, terus ke pusat servis jenama tersebut dan tanya penasihat servis yang betugas untuk maklumat lanjut

2. Tali sawat penyaman udara – ia biasa dipasang dalam 3 serangkai untuk kereta lama iaitu untuk menggerakkan pemampat penyaman udara, pam air dan juga pam minyak stering kuasa. Bagi kereta yang menggunakan tali sawat pemasaan, ia akan digantikan sekali sewaktu tali sawat pemasaan ditukar.
Bagi kereta moden yang dipasang dengan rantai pemasaan, tali sawat bantuan ini biasa digunakan untuk menggerakkan pemampat penyaman udara dan pam air sahaja disebabkan enjin moden menggunakan stering bantuan kuasa elektrik. Biasa ia perlu dtukar dalam sela masa 90,000-1000,000km dan menghasilkan bunyi yang berdecit jika tidak ditukar
3. Aci pacu – atau disebut juga sebagai driveshaft bagi kereta pacuan depan perlu diperiksa jika menghasilkan bunyi sewaktu anda melakukan pusingan U. Mungkin U-join telah rosak akibat lama digunakan. Jika anda parkir kereta dan ada minyak gear yang menitik, sila periksa getah di bahagian dalam dan luar
Jika getah ini tidak ditukar, pasir dan air mungkin akan masuk dan merosakkan komponen dalaman driveshaft. Kos getah ini tidak mahal berbanding anda terpaksa menukar keseluruhan driveshaft.
4. Cek kebocoran minyak enjin – minta pomen yang berpengalaman periksa keadaan enjin bagi melihat samaada minyak pelincir bocor di sekitar kepala silinder, di bawah takungan minyak enjin (oil pan), sekitar kawasan pemasangn penapis minyak enjin, penutup atas enjin dan juga oil seal.

Jika ada kebocoran, Anda perlu menukar gasket dan juga sealant di kawasan tersebut yang kosnya jauh lebih murah berbanding dengan enjin mengalami kerosakan akibat minyak pelincir telah kering sepenuhnya
Paling susah jika ada kebocoran yang berlaku antara enjin dan juga unit transmission kerana keseluruhan enjin dan transmission perlu diturunkan. Kos penggantian tak mahal, yang mahal cuma kos buruh sahaja.
5. Hos cecair penyejuk – selain daripada cecair penyejuk enjin yang perlu ditukar, salah satu punca kereta lama meragam ialah hos getah sudah merekah dan pendakap besi yang digunakan sudah berkarat. Jika salah satu elemen gagal, maka cecair penyejuk akan ditendang keluar sewaktu panas dan menyebabkan enjin mengalami overheat
Cara mudah ialah buat pemeriksaan fizikal atau minta pomen cadangkan mana-mana komponen yang perlu diganti kerana ialah lebih murah untuk dibuat berbanding dengan kos pembaikan akibat overheat. Kalau cecair penyejuk mulai berkarat, periksa dan tukar pam cecair penyejuk sebab dikhuatiri bilah pam telah rosak
6. Brek – jarang sistem brek buat perangai kalau anda selalu tukar minyak brek dan pelapik brek ikut sela masa yang betul. Cuma rotor brek akan ada jangka hayat dan kalau komponen ini sudah nipis atau haus, eloklah diganti. Sama juga dengan pelapik kasut brek belakang, cuba cek kalau dah haus dan perumah brek drum penuh dengan habuk.

7. Penyerap hentak – bergantung pada jenama kenderaan, komponen ini boleh bertahan lama tapi ia akan haus sedikit demi sedikit sehingga badan kita menjadi terbiasa dan gagal mengesan abnormaliti. Tau-tau tayar dah makan sebelah atau makan tak rata. Cara paling mudah ialah dengan melihat kesan berminyak pada penyerap hentak
Atau minta kawan anda ikut dari belakang dan perhatikan pergerakan tayar. Kalau tayar melantun-lantun tanpa henti tu maknanya hanya spring saja yang beroperasi dan pergerakan spring tidak dihentikan oleh penyerap hentak. Kalau tukar penyerap hentak, tukar sekali dengan absorber mounting/
8. Ekzos – kalau kereta lama, ekzos boleh bocor di bahagian tengah dan membebaskan gas beracun. Cara mudah ialah dengan mendengar bunyi enjin, melihat sendiri atau periksa penggunaan bahan api yang menjadi semakin kuat. Kalau bocor, anda perlu gantikan komponen tersebut.
9. Spark plug coil – komponen ini boleh rosak serta menjadi terlalu lusuh dan menyebabkan masalah missfire atau pembakaran tidak berlaku pada silinder yang rosak. Kereta anda mulai kehilangan kuasa enjin terutama ketika memecut. Harga komponen ini tak mahal pun bergantung pada jenama kereta

10. Motor bilah pengilap cermin depan – bunyi agak kelakar tapi ini pernah terjadi pada kereta penulis. Motor bilah pengilap cermin depan mulai rosak dan menjadi sangat perlahan, lebih perlahan dari semut berlari. Kos motor tidak mahal sekitar RM 100-200 dan kalau pandai boleh tukar sendiri
11. Belt tensioner – komponen ni kalau rosak memang sakit hati sebab ia mengeluarkan bunyi bagaikan kereta buruk tahun 60an. Nak tak nak anda kena tukar, tapi jika tersilap beli jenama yang tidak berkualiti maka tahun depan kena tukar lagi. Duit habis macam tue je.
12. Pelapik getah – atau juga disebut sebagai bush pada upper dan lower arm sistem suspensi akan mulai mengeras. Keadaan ini akan menyebabkan kereta menghasilkan pebagai bunyi ketika melalui jalan tidak rata, speed bump dan juga jalan berlubang.
Untuk mengilangkan bunyi ini anda perlu menukar komponen upper arm dan lower arm kereta anda. Satu ketika dulu getah pada arm ini boleh ditukar dengab menggunakan mesin press tapi buat masa ini sudah jarang perkhidmatan menukar getah ini dibuat.
Apa yang kami tulis di atas adalah berdasarkan pengalaman sendiri memandu kereta lama. Jika anda ada pengalaman lain yang ada, sila kongsikan di ruang komen.



