UJI TAYAR GOODYEAR ASSURANCE MAXGUARD SUV. PERLINDUNGAN 2 DALAM 1, ADA PROGRAM WORRY FREE ASSURANCE LAGI
Sejujurnya, saya sudah begitu lama tidak pergi ke bengkel untuk menukar tayar. Kali terakhir saya berbuat demikian mungkin lebih 10 tahun lepas. Ini kerana kebanyakan kereta yang diberi oleh pejabat akan ditukar sebelum sempat tayarnya ditukar pun.
Namun, penukaran tayar itu tidak boleh dielak lagi selepas kunjungan ke pusat servis Mazda di Glenmarie memberitahu bahawa tayar sedia ada terpaksa ditukar kerana masalah haus yang tidak sekata. Memandangkan masalah haus itu berlaku pada sebelah dalam tayar, jadi saya tidak perasan pun sehinggalah diberitahu oleh kakitangan pusat servis berkenaan.
Patutlah sebelum itu pemanduan rasa kurang enak dengan ada sedikit getaran dan kurang stabil terutama apabila memandu pada kelajuan tinggi.
Sekarang, barulah saya sedar yang jenama tayar di pasaran sudah begitu banyak. Selain jenama-jenama yang sudah establish seperti Goodyear, Falken, Michelin, Continental, Toyo, Pirelli dan Hankook, pasaran dimeriahkan lagi dengan banyak jenama dari China.
Dengan harga yang pelbagai, membuatkan saya semakin pening untuk membuat pilihan. Selepas membuat sedikit kajian dan bertanya kepada rakan-rakan, saya memilih tayar Goodyear Assurance Maxguard SUV yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan pada Ogos tahun lalu
Pemilihan tayar itu banyak disumbangkan oleh kekuatan jenama Goodyear, harga yang berpatutan (RM725 seunit. Ya, tayar SUV tidak murah juga), teknologi, kebolehdapatan saiz (225/55R19) dan ketahanan yang ditawarkannya.
Sekali lagi ingin diingatkan bahawa bukan semua tayar itu sama kerana setiap pengeluar telah berbebalnja jutaan ringgit untuk membangunkan teknologi terbaik demi keselamatan pengguna.
Digolongkan ke dalam keluarga tayar Goodyear Assurance, Assurance MaxGuard SUV dikhususkan untuk pasaran Asia Pasifik yang berfungsi memberi perlindungan 2 dalam 1 melalui cengkaman dan ketahanan yang terbaik kepada pemilik SUV.
Sedia maklum bahawa sifat SUV yang besar, berat dan ada model yang berkuasa tinggi sememangnya memerlukan tayar berkualiti tinggi.
Tayar itu didatangkan dengan ActiveGrip yang menawarkan cengkaman terbaik. Prestasi itu diterjemahkan menerusi aspek pengendalian yang mantap serta jarak membrek lebih pendek di atas jalan basah. Semua itu diperoleh hasil daripada rekaan bunga yang unik, cengkaman bahagian sisi lebih tinggi, pengedaran yang optimum, serta pelitup ActiveGrip dengan campuran silika.
Teknologi DuraGuard pula membina rangka tayar yang kukuh agar dapat bertahan daripada impak ketika memandu yang boleh membuatkan tayar terkoyak atau berlubang.
Aspek ketahanan dipertingkatkan lagi menerusi binaan lapisan pakej jalur keluli yang kukuh bagi memastikan ia dapat menampung pemanduan SUV yang dalam kes saya, menggunakan enjin diesel yang lebih berat berbanding enjin petrol.
Sebaik sahaja tayar baharu itu siap dipasang, perkara pertama yang saya perasan ketika memandu ialah Assurance MaxGuard SUV memberikan pemanduan lebih senyap. Jarak membrek sama ada di atas jalan raya kering atau basah juga jauh lebih meyakinkan.
Pengalaman tersebut disumbangkan oleh corak bunga tayar yang dipertingkatkan dengan rekaan blok bersudut, kerut pengurangan bunyi bising dan alur untuk pengaliran air yang lebih sempit. Tayar itu juga memberi jarak perjalanan lebih jauh dengan jejak tayar yang dipertingkatkan, pengedaran kedalaman bunga tayar dan bentuk rongga yang optimum.
Apa yang lebih menarik, setiap pembelian tayar hadir dengan program jaminan Goodyear Worry Free Assurance (WFA) berkuat kuasa 1 Julai 2022. Tidak memerlukan pembelian minimum, program tersebut menawarkan tiga faedah kepada pelanggan.
Pertama, jaminan Road Hazard selama setahun bermula tarikh pembelian. Maksudnya, jika tayar mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki berpunca dari bahaya di jalan seperti lubang dan/atau objek tajam kesan ketika pemanduan dalam keadaan biasa, pelanggan layak untuk menerima penukaran 1-to-1 secara percuma.
Untuk layak, tayar mestilah mempunyai kedalaman bunga pada 5.0mm atau lebih. Ciri baharu itu merupakan lanjutan daripada WFA terdahulu yang menawarkan 6 bulan perlindungan dengan kedalaman bunga tayar minimum 6.0mm.
Kedua, pemeriksaan tayar secara percuma sebanyak dua kali. Jadi, pelanggan boleh berkunjung semula ke bengkel Goodyear Autocare di mana mereka membeli tayar untuk menikmati dua pemeriksaan keselamatan tayar percuma pada bulan keenam dan ke-12 dari tarikh pembelian.
Ketiga, jaminan selama lima tahun. Goodyear Malaysia baru-baru ini telah mengemaskini terma dan syarat di mana jaminan terhad selama lima tahun akan bermula dari tarikh pembelian seperti yang dinyatakan dalam invois asal dan bukannya dari tarikh pembuatan tayar. Namun, jika tiada invois asal, jaminan terhad ini akan bermula dari tarikh pembuatan.
Di bawah jaminan itu, Goodyear akan memberi perlindungan kepada ketidaksempurnaan pembuatan sama ada dari segi mutu kerja atau bahan-bahan yang digunakan.
Assurance MaxGuard SUV boleh didapati dalam diameter rim 16” hingga 19” dengan 15 saiz di Malaysia. Saiz itu boleh digunakan pada kebanyakan model SUV yang ada di pasaran seperti Honda CR-V dan HR-V, Mazda CX-5, Mazda CX-8, Nissan X-Trail, Proton X70, X50 dan pelbagai model SUV saiz pertengahan lain di pasaran.
Goodyear Assurance MaxGuard SUV kini boleh didapati di semua pusat Goodyear Autocare di seluruh Malaysia dan kedai dalam talian Goodyear Lazada Flagship Store, dengan harga yang amat kompetitif untuk segmen SUV pertengahan.
Maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my
- BACA: GOODYEAR MALAYSIA LANCAR PROGRAM WORRY FREE ASSURANCE. BERMULA 1 JULAI 2022
- BACA: GOODYEAR MALAYSIA LANCAR ASSURANCE MAXGUARD SUV
- BACA: GOODYEAR MALAYSIA LANCAR ASSURANCE MAXGUARD SUV
- BACA: GOODYEAR ASSURANCE DURAPLUS 2 – TAHAN SEHINGGA 110,000KM BERMULA RM136
GALERI