Buletin

APABILA PAGANI REKA KABIN PESAWAT, BEGINILAH HASILNYA

Pagani dilaporkan telah bekerjasama dengan Airbus Corporate Jets untuk menghasilkan reka bentuk kabin untuk pesawat ACJ319neo.

Dikenali sebagai Infinito, kabin mewah itu diperkenalkan sewaktu acara EBACE 2017. Antara ciri utama kabin tersebut ialah  siling yang memberikan pemandangan langit atau boleh ditukar dengan imej-imej lain.

Siri pesawat Airbus ACJ320 sememangnya diketahui mempunyai kabin yang paling luas dan tinggi. Justeru, Infinito dilengkapi ulhosteri kulit premium, kemasan gentian karbon dan lampu LED. Tidak cukup? Kabin tersebut dipasang dengan karpet daripada kulit lembut dan lantai kayu.

Kedua-dua buah syarikat itu juga membangunkan perabot gentian karbon yang dihasil menggunakan tangan. Selain kemasan arca besi, sistem media berteknologi tinggi dan tv skrin rata. Sebuah dinding kaca yang besar digunakan untuk memisahkan kawasan lounge dan mesyuarat. Ia boleh bertukar menjadi ruang luas melalui satu sentuhan butang sahaja.

“Kombinasi material komposit tercanggih seperti CarboTitanium tidak pernah digunakan dalam sebuah pesawat sebelum ini. Bahasa rekaan Pagani Automobili dapat dilihat dengan jelas di sini. Ini adalah permulaan kerjasama yang mengujakan untuk kedua-dua belah pihak,” kata Pengasas dan Ketua Reka Bentuk Pagani Automobilii SpA, Horacio Pagani.

Pesawat ACJ319neo mampu membawa lapan penumpang pada satu-satu masa dengan jarak sejauh 12,500km dalam tempoh 15 jam.

Ini bukanlah kali pertama Airbus bekerjasama dengan syarikat automotif. Sebelum ini, divisyen helikopter Airbus pernah berkolaborasi dengan Peugeot Design Lab untuk menghasilkan H160.

BACA: PAGANI HUAYRA ROADSTER – RM10.7 JUTA, SUDAH HABIS DIJUAL

Google ads
Back to top button