Buletin

APABILA TOYOTA CELICA NAK JADI GT-R

Kadang-kadang, memang tidak tercapai oleh akal apabila melihat modifikasi kereta yang pelik-pelik.

Entah apa yang dia orang fikir pun kita tidak akan tahu. Apa yang menakjubkan, situasi ini berlaku di seluruh dunia. Malaysia dan Jepun tidak terkecuali.

Contohnya ialah pemilik Toyota Celica ini yang cuba untuk menukar kereta lamanya menjadi sebuah Nissan GT-R. Mungkin sebab tidak cukup bajet atau cuba hendak jadi kreatif, dia tidak menggunakan cara biasa iaitu jual kereta sedia ada dan tambah duit untuk membeli sebuah GT-R.

Sebaliknya, kereta malang ini dipasang dengan bodykit GT-R yang beberapa komponen seperti lampu utama dan lampu belakang ialah set original.

BACA: 3 PERKARA YANG MEMBUATKAN NISSAN GT-R NISMO SANGAT LUAR BIASA

Sekali pandang dari belakang, memang macam GT-R. Tetapi apabila lihat dari dekat, memang kereta nampak buruk ya rabbi.

Walaupun ini mungkin antara ‘replika’ paling buruk yang pernah kita lihat, pujian harus diberikan kepada pemilknya kerana semangat dan yakin diri yang begitu tinggi. Adoyai… 

kredit foto: Facebook TX2K

Google ads
Back to top button