PULAU PINANG SAMBUT MERIAH KEDATANGAN PEMILIK DAN BAPA PEMBANGUNAN NISSAN GT-R
Pemilik-pemilik Nissan GT-R dari seluruh negara telah berkumpul di Pulau Pinang buat julung kalinya untuk menyambut GT-R Festival yang diadakan dari 4-6 Oktober 2024. Festival ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta jenama Nissan, Hiroshi Tamura yang lebih dikenali sebagai bapa pembangunan Nissan GT-R moden.
Festival selama tga hari ini juga merupakan prelude kepada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang bakal berlangsung awal November depan. Ia bermula dengan perkumpulan pemili-pemilik Nissan GT-R sebelum masing-masing menjamu selera di jamuan makan malam bersama Tamura di Crowne Plaza.
Paling menarik semestinya konvoi sarapan pagi ke SPICE Convention Centre pada 5 Oktober dengan diiringi polis pengiring melalui jambatan kedua. Ia diikuti acara bebas selama tujuh jam di mana para peserta bebas untuk meneroka tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang. Mereka kemudian akan berkumpul kembali di Crowne Plaza untuk acara Meet and Greet dengan Tamura.
Mana-mana pengunjung dan peminat Nissan GT-R boleh berkunjung ke Crowne Plaza pada 4 Oktober dari jam 2.00 hingga 5.00 petang untuk melihat sendiri kereta-kereta hebat ini. Nak ambil gambar pun boleh. Boleh gambar profil tunjuk kat bakal pak mentua. Kalau tak sempat boleh juga berkunjung ke SPICE keesokan harinya dari jam 8.30 ke 11.00 pagi.
Hiroshi Tamura merupakan Chief Product Specialist Nissan dan bertanggungjawab kepada GT-R. Di kalangan komuniti automotif beliau dikenali dengan Bapa Nissan GT-R Moden.
Tamura menyertai Nissan pada tahun 1984 dan bertugas selama tiga tahun sebelum ditukarkan ke Autech, subsidiari yang bertanggungjawab menghasilkan model-model isitmewa Nissan GT-R. Beliau kembali ke Nissan pada tahun 1993 dan bertugas di bahagian perancangan produk dan seterusnya diberikan tanggungjawab kepada Skyline R34 GT-R. Beliau turut menerajui pembangunan R35 GT-R dan seterusnya Nissan Z.
Festival GT-R ini juga memberi gambaran pendahuluan untuk acara Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang akan diadakan awal November ini. Ia merupakan acara kali kedua dan dikatakan bakal menjadi lebih meriah dan menarik.
Jom tengok gambar-gambar menarik yang sempat kami rakamkan untuk tontonan anda sepanjang festival ini berlangsung.