Buletin

APPLE CARPLAY KINI TERSEDIA UNTUK PROTON X70 2025

PROTON baru-baru ini telah meningkatkan penawaran untuk pengguna pada suku keempat 2024 dengan pengumuman ketersediaan Apple CarPlay untuk pemilik kereta PROTON X70 2025.

Dilancarkan pada 15 Ogos, SUV terbaharu ini merupakan SUV segmen C yang mengalami jualan paling pantas di negara ini, dengan lebih daripada 100,000 unit dijual sejak pelancarannya pada akhir tahun 2018.

Model berkenaan juga telah mendahului kelas SUV dengan 1,466 unit terjual pada bulan September.

Dengan penampilan gaya yang diperbaharui, ciri ADAS Tahap 2 dan pengalaman memandu lebih lancar, penambahan Apple CarPlay melalui kemas kini over-the-air (OTA) memberikan kemudahan tambahan kepada pengguna untuk menyambungkan telefon mudah alih mereka dengan unit infotainment kereta.

Apple CarPlay akan diperkenalkan secara berperingkat melalui kemas kini OTA

PROTON memperkenalkan ciri sambungan Apple CarPlay kepada PROTON X70 2025 melalui kemas kini over-the-air (OTA) mulai daripada 16 Oktober 2024.

Bermula daripada tarikh ini, pemilik kereta akan menerima notifikasi OTA secara berperingkat dan mereka hanya perlu mengikutil langkah-langkah berikut untuk memuat turunnya ke dalam kenderaan mereka:

Langkah 1: Muat Turun dan Pasang

• Pakej kemas kini perisian akan dimuat turun sebaik sahaja ia tersedia untuk kenderaan pelanggan. Pengguna perlu memastikan enjin berjalan sehingga muat turun selesai.

• Setelah selesai, pengguna boleh memulakan pemasangan pada bila-bila masa mengikut keselesaan mereka. Setelah pemasangan dimulakan, pengguna perlu memastikan enjin berjalan sehingga kemas kini perisian selesai.

Langkah 2: Sahkan Versi Perisian

• Kemas kini perisian yang berjaya boleh disahkan di Tetapan Kenderaan di bawah [Maklumat Sistem] > [Tentang IHU]. Versi sistem terkini adalah SW3RBA10925H1141.

• Versi ini mengandungi Apple CarPlay, prestasi sistem yang dipertingkat, serta pelbagai pembetulan pepijat untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

Langkah 3: Sahkan Versi Perisian

• Dengan kemas kini perisian terkini dipasang, pengguna boleh menikmati kemudahan Apple CarPlay dengan memasangkan iPhone mereka, sama ada melalui sambungan USB ataupun tanpa wayar (Bluetooth).

• Setelah iPhone berjaya dipasangkan ke sistem, pengguna boleh melancarkan antaramuka Apple CarPlay dengan menekan ikon yang ditunjukkan di atas.

Perkembangan berkaitan, PROTON turut melancarkan kempen PROTON-Vaganza yang berlangsung daripada 1 Oktober hingga 31 Disember 2024 sebagai penghargaan kepada sokongan pelanggan.

Sepanjang tempoh ini, promosi khas dan rebat sehingga RM7,000 serta nilai trade-in sehingga RM1,800 di cawangan terpilih tersedia untuk mereka yang membeli PROTON X70 2025.

Melalui kempen ini juga, pelanggan yang melakukan pandu uji mana-mana model PROTON berpeluang memenangi hadiah tunai sehingga RM2,500.

Bukan itu sahaja, mereka yang membuat tempahan dan mendaftar kenderaan baharu akan dimasukkan ke dalam cabutan bertuah untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah PROTON S70.

Selain itu, pelanggan yang mendapatkan ‘likes’ terbanyak di siaran media sosial mengenai pandu uji mereka akan memenangi hadiah tunai tambahan sehingga RM1,500.

Google ads
"
"
Back to top button