Motosikal

APRILIA TUAREG 660 2022 TIBA DI MALAYSIA. 80HP, BERMULA RM76K

Selain skuter Aprilia SR GT 200, Didi Group turut melancarkan sebuah motosikal adventure-touring dalam kategori middleweight iaitu Aprilia Tuareg 660 2022 ke pasaran Malaysia.

Jentera itu dilihat sebagai model yang meneruskan kesinambungan RS 660 dan Tuono 660. Aprilia mula memperkenalkan Tuareg pada tahun 1985 yang menjanjikan tunggangan berkualiti, berprestasi tinggi dan mengujakan.

Aprilia Tuareg 660 dikuasakan oleh enjin parallel-twin bersesaran 659cc yang sama seperti jentera RS 660 dan Tuono 660. Namun, enjin itu telah menerima talaan kuasa setinggi 80hp pada 9,000rpm dan tork 67Nm pada 6,500rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi transmisi enam kelajuan dan klac slipper.

Sebagai sebuah jentera adventure touring, ia menggunakan suspensi daripada Kayaba boleh laras yang terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik 43mm dan penyerap hentak tunggal di belakang. Kedua-duanya penyerap hentak berkenaan menawarkan jarak pergerakan sehingga 240mm.

Sistem brek pula didatangkan dengan angkup Brembo empat omboh dan cakera berkembar 300mm di hadapan. Sementara roda belakang pula dilengkapi brek omboh tunggal dan rotor bersaiz 260mm, selain dibantu oleh sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran.

Ketinggian pelana pula adalah sekitar 860mm sementara kapasiti tangki bahan api pula adalah 18.2 liter.

Segala informasi boleh dibaca dengan jelas melalui skrin paparan TFT-LCD bersaiz lima inci. Penunggang boleh memilih sehingga empat mode tunggangan untuk disesuaikan ketika menunggang di laluan off-road atau jalan biasa.

Aprilia Tuareg 660 turut hadir dengan ciri keselamatan seperti kawalan cengkaman, kawalan jelajah, pemetaan enjin dan brek enjin. Jika berminat, harga jualan Aprilia Tuareg 660 bermula RM75,900 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button