Motosikal

APRILIA TUAREG 660, ADVENTURE KELAS PERTENGAHAN. 80HP, 4 MODE TUNGGANGAN

Aprilia baru-baru ini memperkenalkan jenera adventure kelas pertengahan yang dikenali sebagai Tuareg 660. 

Mengekalkan DNA sporty model RS dan Tuono, Tuareg 660 merupakan model ketga yang dihasilkan di atas pltform saiz sederhana Aprilia. 

Tuareg 660 menggunakan khidmat enjin parallel twin bersesaran 660cc yang mampu menjana kuasa sehingga 80hp dan tork 60 Nm. Angka itu sebenarnya jauh lebih berkuasa berbanding Yamaha Tenere 700 dengan 72hp.

Maklumat tunggangan dipaparkan menerusi skrin TFT bersaiz lima inci. 

Bagi menjadikannya sebuah motosikal yang mudah dikendalikan di atas apa jua permukaan jalan, ia dibina di atas kerangka cukup ringan iaitu hanya 187kg (berat kering). Kualiti pengendalian pula ditingkatkan menerusi penggunaan fork hadapan 43mm, penyerap tunggal untuk roda belajang dan jarak pergerakan suspensi sepanjang 240mm.

Dinamik tunggangan Tuareg 660 dipertingkatkan melalui sistem Aprilia Performance Ride Contol (APRC). Penunggang juga boleh memilih daripada empat mode tunggangan termasuk dua mode yang boleh diubah suai.

Tidak ketinggalan, sistem brek ABS boleh dimatikan pada kedua-dua roda, kawalan cengkaman, kawalan jelajah dan pemetaan enjin. 

Sehingga kini, Aprilia masih belum mendedahkan bilakah Tuareg 660 akan dijual secara rasmi. 

GALERI

Google ads
Back to top button