BuletinMotosikal

ARRC INDIA – ZAQHWAN & AZLAN BERMULA DENGAN PRESTASI BAIK

Dua pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman berada dalam landasan baik untuk meraih podium apabila berada dalam kedudukan tiga pelumba terbaik pada sesi latihan bebas Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Lumba Motor Madras, Chennai, India, hari ini.


Zaqhwan mencatat masa kedua terpantas yang dilakukan pada sesi latihan bebas kedua dengan masa 1’42.894s, 0.143s di belakang pelumba Thailand, Ratthapong Wilairot (AP Honda Racing Thailand) manakala Azlan di kedudukan ketiga dengan catatan 1’42.990s.

“Sesi latihan hari ini sangat penting sebelum kami menghadapi sesi kelayakan esok kerana ini kali pertama kami kembali ke litar Madras selepas tahun 2013. Tidak ada banyak perubahan terhadap litar, namun dengan tayar baharu Dunlop yang digunakan pada minggu ini mungkin sedikit membantu pelumba untuk lebih laju,” jelas Zaqhwan.

Tambahnya, “Faktor fizikal banyak memain peranan minggu ini memandangkan cuaca yang agak panas dan juga bentuk serta permukaan litar yang tidak begitu rata. Bukan mudah untuk menamatkan 16 pusingan perlumbaan jika keadaan fizikal tidak berada pada tahap terbaik.”

Sementara itu, saingan Ahmad Afif Amran muncul pelumba terbaik Malaysia dalm saingan Asia Production 250cc dengan catatan 01:51.838s manakala catatan terpantas dalam sesi latihan bebas kedua milik Tomoyoshi Koyama (RAMA Honda) dengan masa 01:51.016s

Mohd Helmi Azman (Onexox TKKR Racing) yang meraih dua podium pada perlumbaan lepas muncul pelumba terpantas dalam sesi kelayakan dengan masa 1’54.762s diikuti Azroy Hakeem Anuar (Yuzy Honda Vietnam Racing) dengan masa 1’54.973s. Rakan sepasukan, Mohd Amirul Arif Musa mencatat masa ketiga terpantas, 1’55.247s.

SuperSports 600cc
1 Ratthapong Wilairot (THA) AP Honda Racing Thailand 01:42.751s
2 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 01:42.894s
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 01:42.990s
4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 01:43.235s
5 Ahmad Yudhistira INA Manual Tech (KYT) Kawasaki Racing 01:43.300 129.293s

Asia Production 250cc
1 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 01:51.016s
2 Rheza Danica Ahrens INA Astra Honda Racing Team 01:51.019s
3 Muklada Sarapuech THA AP Honda Racing Thailand 01:51.024s
4 Galang Hendra Pratama INA Yamaha Racing Indonesia 01:51.078s
5 Anupab Sarmoon THA YAMAHA Thailand Racing TEAM 01:51.671s
 
Underbone 150cc

1 Md. Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 01:54.762s
2 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 01:54.973s
3 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 01:55.247s
4 Tengku Amirul Haffiruddin (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing Team 01:55.379s
5 Md. Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 01:55.460s

Google ads
Back to top button