Artikel Pilihan

JOM KENALI SUTAN MUSTAFFA SALIHIN (SMS)

Dalam kalangan penggemar rali dan acara trek di Litar F1 Sepang, pasti ramai yang mengenali gerangan empunya diri Sutan Mustaffa Salihin (SMS). Nama Sutan ini bukanlah kecik anak orang kata. Walaupun tidak gah macam Karamjit Singh dalam arena rali luar negara, tetapi beliau cukup gah dalam arena pemotoran tanah air.

Sebetulnya Sutan bermula dalam arena permotoran di trek Batu Tiga terlebih dahulu, sekitar lewat tahun 1990-an. Kira beruntung jugalah Sutan kerana berpeluang beraksi di trek yang dianggap sebagai lagenda. Itu jam, Proton Satria memang tengah betul-betul naik. Eh kejap, rasanya zaman lagi tiga tahun nak 2020 pun kelibat Proton Satria ini masih hebat dan tangkas, baik di litar mahupun di dalam ladang kelapa sawit berlumba rali.

Selain aktif di trek, Sutan mula aktif dalam dunia dalam dunia rali pada awal 2000 sebagai perlumba persendirian. Tuah dan rezeki mula menyebelahi Sutan pada 2005 apabila ditawarkan untuk menyertai Pasukan Perodua M5 Racing Team dan bertanding dalam kategori 1300cc dengan memandu Perodua Kelisa.Ternyata, hasil daripada kecekapan beliau memandu menarik perhatian Proton Rally Team, lantas telah melamar beliau untuk memandu jentera Proton Gen2 pada tahun berikutnya.

Ternyata, status pasukan besar turut memberikan peluang kepada Sutan untuk lebih menyinar dalam dunia rali. Bakat dan kemahiran yang ada pada Sutan turut ditagih oleh Pasukan Proton R3 untuk bersaing dalam Merdeka Millenium Endurance (MME) pada tahun yang sama juga. Berjaya menaiki podium dengan hanya memandu Proton Waja, sekali gus menewaskan jentera yang jauh lebih berkuasa, VTEC misalnya.

BACA : PROTON SATRIA NEO – WAJAH TAMPAN YANG SEMAKIN DILUPAKAN

BACA : PROTON – KISAH SEMALAM, HARI INI DAN RANJAU HARI ESOK

Selama penyepian Sutan dalam dunia rali, beliau sebenarnya masih aktif beraksi di Sepang. Deretan kejayaan jangan cakaplah. Mau bersepah piala kemenangan dalam rumah, iya tak? Di masa lapang, Sutan yang telahpun mengerjakan ibadah Haji, juga semakin kerap menghadiri kuliah agama bagi mendalami ilmu agama. Selain kerap mengembara bersama motosikal.

Boleh tahan jauh beliau telah menjelajah. Selain itu, Sutan turut bertindak sebagai tenaga pengajar bagi siri Pemanduan & Tunggangan Profesional telah melatih lebih daripada 15,000 peserta seluruh Malaysia. Ilmu yang ada padanya pernah dicurahkan kepada peserta program realiti pencarian bakat pelumba rali Zero To Hero.

Setelah menempa kejayaan dalam pusingan pertama MRC 2017 yang lalu, Sutan akan kembali lagi beraksi di Johor pada Ogos nanti. Tahukah pembaca semua bahawa jentera yang beraksi dalam MSF untuk tahun 2016/2017 turut digunakan dalam pusingan pertama rali di Perlis tempoh hari.

Menggunakan tetapan enjin dan kotak gear yang sama, cuma sedikit penalaan semula disesuaikan bagi kegunaan di ladang tebu. Ada sedikit berita (beliau nyatakan ada kejutan yang ingin diumumkan, tapi belum bersedia mengkhabarkan terlebih dahulu) yang bakal diumumkan kelak. Takzabar pula rasanya nak tunggu perkhabaran itu.

Google ads

B K

Back to top button