
AS PERCEPAT PRODUKSI ‘PESAWAT HALIMUNAN’ B-21 RAIDER
Amerika Syarikat (AS) mempercepatkan pengeluaran ‘pesawat halimunan’ pengebom jarak jauh B-21 Raider bagi menghadapi cabaran dari China, jika kedua-dua negara bertempur di Laut China Selatan dan Taiwan.
Setiausaha Tentera Udara AS, Frank Kendall berkata, AS mempunyai lima pesawat pengebom yang dihasilkan berbanding dua seperti dilaporkan sebelum ini, lapor South China Morning Post.
“Seperti saya maklumkan, sekarang kita mempunyai lima pesawat percubaan B-21 yang dihasilkan di pangkalan Air Force Plant 42 di Palmdale, California.
“Semua program mempunyai risiko dan hal sama berlaku pada B-21, tetapi pada saat ini, setidaknya, program ini menunjukkan kemajuan yang baik untuk kemampuan lapangan sebenar,” katanya dalam sidang akhbar.
Julai lalu, agensi berita AS, Defence News melaporkan Pengarah Pejabat Keupayaan Pantas Angkatan Tentera Udara, Randall Walden berkata, pesawat Raider adalah kunci kepada pemodenan nuklear dan menjadi keutamaan utama bagi perkhidmatan tersebut.
Katanya, pendekatan reka bentuk pesawat menjadikan negara di landasan betul dalam memastikan keupayaan pertahanan udara AS. – SCMP/Utusan
- BACA: AIRLANDER 10 PESAWAT TERBESAR DUNIA. DAPAT JULUKAN ‘PUNGGUNG TERBANG’
- BACA: AKSI BERANI TERBANGKAN PESAWAT KECIL DALAM DUA BUAH TEROWONG. KELAJUAN CECAH 241KM/J
- BACA: REMAJA 19 TAHUN NAK BIKIN REKOD KELILING DUNIA GUNA PESAWAT SHARK AERO
- BACA: CEBISAN MAYAT LEKAT PADA RODA PESAWAT C-17 TENTERA UDARA AS