LELAKI TUNGGANG MOTOSIKAL KUSTOM ALA CHARIOT EMPAYAR ROM
Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menunggang motosikal diubah suai bagaikan chariot empayar rom mencuri tumpuan netizen di Singapura.
Motosikal berwarna kelabu berkenaan yang mendapat sentuhan kustom badan kereta ditemui di Toa Payoh.
Ia mula menjadi viral di media sosial apabila pemilik akaun Ricky21212 berkongsi video kenderaan unik itu di platform TikTok.
Motosikal kustom yang ditempah khas itu direka untuk membenarkan pemilik menunggang dengan menggunakan kerusi roda.
Seorang netizen yang mendakwa mengenali ‘uncle’ tersebut berkata motosikal itu merupakan model Gilera 200 yang dipadankan dengan badan Suzuki Swift.
Dalam pada itu, beberapa pengguna memuji rekaan kreatif motosikal kustom berkenaan.
“Sering kali melihat kenderaan sekitar Hougang dan ia merupakan hasil ciptaan kreatif,” kata netizen. – coconutssingapore
- BACA: SUZUKI SWIFT SPORT 2021 MENDARAT DI MALAYSIA. ENJIN TURBO BOOSTERJET 140HP, PLATFORM HEARTEC, RM139,900
- BACA: SUZUKI SWIFT GENERASI KE-5 LANCAR TAHUN DEPAN. 2 PILIHAN ENJIN, MUNGKIN GUNA PLATFORM BAHARU
- BACA: NAZA BAWA SUZUKI KEMBALI KE MALAYSIA. KITA BOLEH BELI SWIFT, JIMNY DAN VITARA!
- BACA: PEMILIK LAMBORGHINI TITIS AIR MATA, PENUHI IMPIAN YOUTUBER OKU