
CEBISAN MAYAT LEKAT PADA RODA PESAWAT C-17 TENTERA UDARA AS
Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melaporkan pihaknya menemui cebisan mayat manusia terlekat pada roda pesawat tentera C-17 yang berlepas keluar dari Afghanistan sejak beberapa hari lepas.
Menurut kenyataan tersebut, cebisan mayat itu dipercayai milik penduduk Afghanistan yang bertindak nekad berpaut pada pesawat kerana terdesak untuk meninggalkan negara itu selepas Taliban mengumumkan pengambilalihan kuasa pada hujung minggu lalu.
“Pesawat C-17 berlepas dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan situasi yang tidak terkawal di lapangan terbang Kabul pada ketika itu.
“Ribuan penduduk bertindak berpaut pada roda dan sayap pesawat ketika berlepas, malah ada yang melayang jatuh ke bawah sebaik kapal terbangan naik ke udara,” tulis kenyataan itu.
Pada Isnin lepas, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai itu terpaksa ditangguhkan selama berjam-jam apabila rakyat Afghanistan menyerbu landasan dan berusaha bermati-matian untuk masuk ke dalam pesawat.
Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar 15,000 penduduk Afghanistan dari landasan pesawat, demikian menurut seorang pegawai AS.
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan memeriksa pesawat berkenaan sebelum membersihkan cebisan mayat yang terlekat sebelum memberi pelepasan untuk kembali beroperasi – Kosmo!
- BACA: RAIKAN KEMENANGAN, PEJUANG TALIBAN MAIN BUMPER CAR, MERRY-GO-ROUND, TRAMPOLINE
- BACA: MAHU LARI DARI PEMERINTAHAN TALIBAN, LAPANGAN TERBANG KABUL HURU-HARA
- BACA: RUSIA BIKIN PESAWAT “DOOMSDAY” HADAPI PERANG NUKLEAR
- BACA: RABA DAN TUMBUK KREW PESAWAT, LELAKI DILEKAT PADA KERUSI. DIDAKWA 3 TUDUHAN LAKUKAN KEKASARAN