Buletin

PUBG MOBILE, ASTON MARTIN JALIN KERJASAMA – TAMPIL TIGA MODEL DENGAN SKEMA WARNA EKSKLUSIF

PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta ultra mewah dan berprestasi tinggi, Aston Martin.

Kerjasama baharu itu menyaksikan tiga model prestasi ultra-mewah Aston Martin diperkenalkan ke dalam PUBG MOBILE termasuk hadir dengan skema warna eksklusif.

Antara model bakal menjadi pilihan pemain PUBG MOBILE ialah:

  • DBX707 (Quasar Blue atau Neon Purple)
  • Aston Martin Valkyrie (Luminous Diamond)
  • DBS Volante (Black-Bronze Satin, Celestial Pink dan satu lagi warna rahsia)

Daripada ketiga-tiga model itu, Aston Martin DBS Volante menampilkan mekanisme bumbung buka dan tutup selain terdapat payung terjun bertema khas untuk diterokai oleh pemain.

Ketua Penerbitan PUBG MOBILE, Vincent Wang berkata “Kami sentiasa mencari cara baharu bagi meningkatkan pengalaman bermain PUBG MOBILE. Jadi, kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Aston Martin.”

Menurut Ketua Pemasaran dan Komunikasi Global di Aston Martin, Renato Bisignani, kerjasama ini merupakan sebahagian daripada strategi Aston Martin untuk membawa jenama ikonik kepada khalayak baharu.

“Kami teruja kerana kerjasama ini memberikan peluang kepada berjuta-juta pemain di seluruh dunia untuk merasai keseronokan secara digital memandu Aston Martin serta meneroka beberapa model ikonik kami,” katanya.

Kepada peminat PUBG MOBILE, kemas kini baharu PUBG MOBILE x Aston Martin kini sudah tersedia dan boleh dimuat turun di App Store serta Google Play Store.

Google ads
Back to top button