Artikel Pilihan

ASTON MARTIN DBX707 SEBAGAI F1 MEDICAL CAR 2023

Dalam perlumbaan ulung Formula 1 (F1), selain daripada kelibat jentera F1 yang beraksi, kelibat jentera Medical Car turut menjadi perhatian buat penonton yang menyaksikan. Dan inilah dia, Aston Martin DBX70 sebagai Medical Car F1 bagi musim 2023.

Model terbaharu DBX707 ini bakal menggantikan model standard DBX yang telah digunakan semenjak dari tahun 2021 sekali gus menjadikannya sebagai model SUV yang terpantas pernah digunakan. Ternyata pemilihan model baharu DBX707 ini dengan kerja tingkat taraf meliputi prestasi SUV yang pastinya mendatangkan faedah dan manfaat kepada semua demi memastikan Medical Car ini tiba dengan lebih cepat di lokasi kemalangan dalam litar.

Khabarnya juga, dalam dua musim yang lalu, prestasi model standard DBX ini tidaklah begitu memberangsangkan dalam litar. Mana kan tidaknya, model terdahulu hanya berupaya mencatat masa dari titik pegun ke angka 100 km/j 3.9 saat sedangkan model DBX707 ini berupaya mencatat 3.1 saat sahaja.

Kelajuan maksimum untuk DBX707 ini mampu mencatatkan sehingga 310 km/j, melepasi had kelajuan pesaing yang ada seperti Lamborghini Urus, Bentley Bentayga dan juga Maserati Levante sekali gus menjadikan ianya sebuah SUV yang paling laju.

Model DBX707 ini menggunakan enjin 4.0 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 707 PS (697 HP) dan juga tork 900 Nm! Gila bapak laju weh!

Kelengkapan perubatan & keselamatan yang ada pada SUV laju ini termasuklah pemadam kebakaran, defibrillator serta beg perubatan yang diperlukan. Malah tempat duduk juga adalah adalah jenis racing spesifikasi daripada FIA serta dilengkapi tali pinggang keselamatan enam titik.

Penumpang serta pemandu Medical Car ini kini berupaya berhubung terus dengan Pusat Kawalan serta memantau terus sistem biometrik barisan pemandu di litar untuk memudahkan mereka bertindak dengan segera sekiranya keadaan memerlukan.

Aston Martin DBX707 ini bakal dipandu oleh pemandu berpengalaman Alan van der Merwe yang juga merupakan pemandu tradisi untuk Medical Car ini. Malah beliau sendiri berpuas hati dengan prestasi Aston Martin DBX707 ini di atas litar.

Seperti biasa, Aston Martin akan menyediakan sebuah lagi Medical Car sebagai kereta gantian

BACA : ASTON MARTIN & MERCEDES SEBAGAI SAFETY CAR BERSAMA UNTUK MUSIM 2021

BACA : F1 MEDICAL CAR-AMBULANS LITAR F1

Google ads

B K

Back to top button