
MALAYSIA AUTOSHOW 2025: JETOUR T2 JADI TARIKAN – TAMPIL MASKULIN, LANCAR TAHUN INI
Jetour T2 telah membuat kemunculan sulung di Malaysia menerusi pameran Malaysia Autoshow 2025.
Direka untuk pengembaraan luar jalan, T2 dikenali sebagai “Traveller” di pasaran China membawakan dimensi 4,785mm panjang, 2,006mm lebar, dan 1,880mm tinggi, dengan jarak roda 2,800mm.
Dari segi rekaan, Jetour T2 membawa imej maskulin dengan bentuk badan berpetak, garisan badan tajam dan bersegi, serta gril lebar dengan huruf “JETOUR”.
Lampu utama LED disusun secara menegak, diserlahkan lagi dengan cladding bampar besar, gerbang roda empat segi, pelindung bawah badan, serta bumbung berwarna kontras.

Di bahagian belakang, lampu menegak dan roda simpanan pada pintu tailgate menjadi tarikan uniknya.
T2 juga tampil dengan pelbagai teknologi untuk pemanduan off-road seperti:
- Sistem XWD yang beralih automatik antara 2WD dan 4WD
- Mod pemanduan pintar (Eco, Normal, Sport, Snow, Mud, Rock, dan XWD)
- Mod merangkak automatik
- Diferensial slip-terhad elektronik
- Kawalan menurun bukit
- Sistem kawalan cengkaman canggih
- Kamera 360° dengan panduan trajektori off-road
Bahagian dalamannya mencerminkan rasa premium, lengkap dengan:
- Paparan kluster digital 10.25 inci
- Skrin infotainmen besar 15.6 inci
- Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
- Tempat duduk berbalut kulit dengan larasan kuasa dan pemanas
- Pencahayaan ambien berwarna-warni
- Bumbung suria panoramik
- Pengecas tanpa wayar
- Masuk tanpa kunci dan pintu tailgate berkuasa
Dari sudut keselamatan, T2 dibina menggunakan struktur badan keluli bertetulang dan turut dilengkapi sistem bantuan pemandu Tahap 2 (ADAS) yang merangkumi:
- Brek kecemasan automatik
- Kawalan kelajuan adaptif
- Bantuan kekal lorong
- Amaran pelanggaran hadapan
- Pemantauan titik buta
- Amaran lintasan trafik belakang
- Bantuan parkir automatik
Dari segi kuasa, Jetour T2 ditawarkan dengan pelbagai pilihan rangkaian kuasa, memenuhi keperluan pengguna moden yang mahukan kepelbagaian.

Untuk mereka yang mementingkan kecekapan dan prestasi, versi plug-in hybrid (PHEV) menggabungkan enjin 1.5 liter turbo bersama beberapa motor elektrik dan pek bateri 26.7 kWh. Hasilnya ialah output kuasa mengagumkan mencecah 375 hp dan tork 610 Nm, dengan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 117 km.
Bagi pengguna yang masih gemar enjin pembakaran dalaman konvensional, T2 turut ditawarkan dengan enjin 1.5T berkuasa 184 hp yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan.
Sementara itu, enjin 2.0T yang lebih berkuasa menghasilkan 254 hp dan 390 Nm, dipadankan pula dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
Beberapa varian 2.0T turut menerima sistem pacuan semua roda pintar Jetour XWD, yang meningkatkan keupayaan meredah laluan mencabar dan menambah keyakinan dalam pelbagai situasi pemanduan.
Jetour T2 dijangka akan mula dijual di Malaysia tidak lama lagi, dan dengan gabungan keupayaan off-road sebenar, teknologi moden serta keselesaan harian, ia berpotensi menjadi pilihan utama untuk mereka yang inginkan gaya hidup lasak tanpa mengorbankan kemewahan.
GALERI:



