
ASTON MARTIN DBX707 AMR24 EDITION – EDISI KHAS BERSEMPENA DENGAN JENTERA F1 MUSIM INI
Aston Martin sekali lagi meraikan Pasukan Formula Satu Aston Martin Aramco dengan mengeluarkan AMR24 Edition, eksklusif untuk SUV ultra-mewah paling berkuasa di dunia: DBX707. Dinamakan bersempena dengan jentera pencabar Formula 1 jenama itu, AMR24 Edition ialah DBX707 yang turut berkongsi identiti perlumbaan dengan kedua-dua kereta AMR24 F1 dan juga Kereta Perubatan Rasmi Formula 1.
Untuk rekod, jentera AMR24 F1 merupakan kemuncak kerja yang tidak terkira banyaknya dan keupayaan tanpa kompromi, dibina berdasarkan kekuatan pendahulunya serta ditambah dengan pembelajaran daripada musim paling berjaya oleh Aston Martin Aramco setakat ini.

Kereta pertama yang direka dan dibina di pusat tercanggih di AMR Technology Campus yang terletak di Silverstone, dan pencabar untuk 2024 adalah evolusi yang kukuh, direka untuk menyediakan platform yang sempurna untuk pembangunan musim sepanjang mengejar kemajuan tanpa henti.
Dalam meraikan kehadiran Aston Martin Aramco Formula 1 di litar lumba, DBX707 AMR24 Edition meningkatkan keamatan dan kehadiran jalan raya dengan lebih jauh lagi untuk SUV berprestasi ultra mewah dan terkenal bagi Aston Martin. Susunan ciri warna dan kemasan yang unik mencipta DBX707 yang menyatukan dunia F1 yang menggembirakan dengan SUV mewah paling dinamik dan berkuasa di dunia, memberikan rupa perlumbaan yang benar-benar dinamik.

AMR24 Edition menawarkan sesuatu yang lebih eksklusif untuk kedua-dua bahagian dalam dan luar DBX707. Pilihan warna cat Podium Green, Onyx Black atau Neutron White, dilengkapi dengan angkup brek Aston Martin Racing Green atau AMR Lime dan dipasangkan dengan rim Fortis 23 inci dalam sama ada satin atau hitam berkilat, serta plak enjin AMR24 yang eksklusif.
Bahagian kabin menampilkan trim Inspire Sport dengan dua pilihan warna Onyx black (Monotone) dengan jahitan Lime dan yang menarik, atau Onyx Black / Eifel Green Duotone dengan jahitan kontras Lime.
Sementara itu, terdapat juga kemasan yang lebih halus membabitkan bahan gentian karbon yang dipasang pada bahagian kabin disamping logo AMR24 pada panel pintu untuk lebih ciri eksklusif.

Sistem pembesar suara menggunakan khidmat Bowers & Wilkins yang cukup dikenali dengan kualiti yang bertaraf dunia.
Aston Martin DBX707 AMR24 Edition ini menggunakan enjin 4.0 liter pengecas turbo berkembar V8 dan digandingkan dengan kotak gear automatik ‘wet-clutch’ 9-kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa 707PS/900Nm. SUV ultra-mewah ini mampu memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j hanya dalam tempoh 3.1 saat dengan kelajuan maksimum 310 km/j.
BACA : ASTON MARTIN DBX707 SEBAGAI F1 MEDICAL CAR 2023
BACA : SAFETY CAR F1 ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU – PENUH DENGAN SKRIN DAN BUTANG WOO