
ASTON MARTIN KEHILANGAN KERETA PERTAMA MEREKA DAN MAHU MENDAPATKANNYA KEMBALI – MOH PAKAT CARI
Siapa tak kenal dengan nama Aston Martin yang sudah menghasilkan selama lebih 100 tahun. Kini bersempena dengan ulangtahun yang bakal berlangsung, mereka bercadang untuk membawa pulang model pertama mereka yang dikenali dengan nama jolokan ‘Coal Scuttle’.

Coal Scuttle dihasilkan pada tahun 1914 dan merupakan kereta produksi Aston Martin yang pertama. Ia dipasang oleh Bamford & Martin Ltd dan diberi kod chasis A1. Model ini dihasilkan untuk membuktikan kemampuan mereka menghasilkan kereta dan disimpan untuk publisiti sehingga tahun 1924.
Ia kemudian dijual dengan harga USD65 (lebih kurang RM8751 berdasarkan kiraan inflasi 110 tahun) dan terus menghilang. Kini pasukan petugas Aston Martin Heritage Trust memulakan kempen di media sosial untuk mendapatkannya kembali.
Bagi membuat persediaan untuk menyambut Aston Martin Heritage Festival 31 Ogos ini, Aston Martn meminta peminat-peminat kereta di seluruh dunia supaya memeriksa garaj, stor, bangsal ledang dan mana-mana tempat sekali pun untuk mendapatkan petunjuk mengenai kereta yang hilang itu.
Aston Martin bersaing dengan Bugatti untuk mereka dan menghasilkan kereta pertama mereka. A1 didaftarkan pada 16 March 1915 dan disimpan sebelum mula digunakan selepas perang dunia berakhir tahun 1918.
Sebaik dihidupkan kembali ia terus menyertai perlumbaan tahan lasak London to Edinburgh dan berjaya mendapat tempat 10 teratas. Ia juga berlumba di Brooklands pada 1920 dan beberapa perlumbaan lain sekitar United Kingdom.
Model paling tua dalam koleksi Aston Martin kini ialah A3 dan berhasrat untuk mendapatkan kembali A1. Fuh kalau jumpa kat rumah atuk aku kat kampung memang untung besar ni.


