
60 TAHUN JAMES BOND DAN ASTON MARTIN – GANDINGAN PALING LAMA DALAM SEJARAH HOLLYWOOD
Inilah gandingan duo paling lama dan popular dalam sejarah perfileman Hollywood. Siapa pun kaki filem dan kereta mesti ingat imej ejen 007 keluar dari grand tourer (GT) berwarna di hadapan hotel ataupun kasino mega di serata dunia.

Aktor yang membawa watak James Bond sering bertukar namun yang pasti mereka kekal memandu Aston Martin dalam satu hubungan yang bermula seawall tahun 1964. Kini genaplah 60 tahun usia gandingan mantap ini.
Aston Martin DB5 muncul buat kali pertama dalam filem Goldfinger berganding dengan Bond ketika itu yang dilakonkan olek Sean Connery. Bukan DB5 biasa tapi ia dilengkapi dengan “ejector seat” ala jet pejuang.

Bermula dari situ, GT kegemaran 007 mula dilengkapkan dengan pelbagai gajet canggih yang terlintas pada kepala pereka M16 ketika itu. Antaranya termasuklah mesin gan dan penyembur minyak pelincir untuk mengelakkan kejaran dari belakang.
Setiap model menjadi semakin canggih dan DB5 bukannya satu-satunya model Aston Martin yang digunakan oleh Bond.
Senarai Aston Martin yang pernah digunakan Bond:
- 1964 DB5
- 1969 DB5
- 1985 V8 Vantage Volante
- 2002 V12 Vanquish
- 2006 DBS V12
- DB10 Concept
- 2020 DBS Superleggera
- Valhalla

Namun begitu DB5 memang mendapat tempat yang istimewa di hati Bond dan sentiasa muncul dalam filem-filem terkemudian. Contohnya ia muncul dalam siri Bond pertama lakonan Pierce Brosnan dan beberapa kali lagi dalam filem-filem Bond lakonan Daniel Craig.
Craig dikatakan paling istimewa kerana berpeluang memandu pelbagai model Aston Martin dalam tempoh lakonan beliau. Dari DB5 yang klasik sehinggalah DB10 konsep dalam aksi kejar mengejar di Rom bersaing dengan Jaguar C-X75.
Sudah ramai yang menyangkal fakta ini dan mengingatkan kita yang Bond juga pernah menggunakan model-model lain antaranya Lotus Esprit ‘kapal selam’ sewaktu era Roger Moore dan beberapa model BMW sewaktu era Brosnan. Namun era Brosnan juga diakhiri dengan V12 Vanquish pada penghujungnya dan dilabelkan sebagai antara adegan kejar mengejar terbaik dalam francais filem Bond.
Punyalah power adegan kejar mengejar James Bond ni sampai ia digunakan untuk iklan memerangi DVD haram satu ketika dahulu.

