Buletin

AUDI A3 CARBON EDITION – RM194,333 SEUNIT

Audi Malaysia baru-baru ini menawarkan Audi A3 Carbon Edition yang eksklusif ke pasaran Malaysia.

Audi-A3-Carbon-Edition-mekanika (7)

Dibina berasaskan kepada model Audi A3 1.4 TFSI, Audi A3 Carbon Edition ini terhad kepada 30 unit sahaja. Jentera ini dipasang dengan aksesori tulen Audi untuk menjadikannya lebih bergaya.

Didatangkan dalam warna putih, bahagian luaran Audi A3 Carbon Edition menyerlah dengan pakej gayaan berwarna hitam melibatkan spoiler hadapan, apron belakang dan sil sisi untuk nampak lebih kontras.

Penampilan itu ditingkatkan lagi menerusi rim aluminium berwana hitam matt bersaiz 18 inci dengan rekaaan rotor lima jejari. Malah, perumah cermin sisi dan spoiler belakang juga berwarna hitam.

Audi-A3-Carbon-Edition-mekanika (9)

Ruang kabin Audi A3 Carbon Edition menyaksikan tempat duduk sports dibalut kulit Alcantara. Sedan ini juga dilengkapi sistem bantuan parkir, radio MMI® dengan paparan warna bersaiz 5.8 inci dan 10 pembesar suara Audi.

Bagi menjadikannya lebih eksklusif, setiap sedan ini akan dilekatkan dengan plak nombor pada konsol tengahnya.

Aspek mekanikalnya tidak berubah. Sedan ini masih menggunakan enjin 1.4 TFSI yang mampu menjana kuasa sehingga 125hp dan tork maksimum 200Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear S tronic tujuh kelajuan.

Audi-A3-Carbon-Edition-mekanika (5)

Gabungan rangkaian kuasa itu membolehkan Audi A3 Carbon Edition memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 9.3 saat dengan pecutan maksimum 212km/j. Penggunaan bahan api adalah sekitar 4.9 liter/100km dan emisi CO2 hanya 114g/km.

Audi A3 Carbon Edition sarat dengan sistem keselamatan. Antaranya termasuklah Electronic Stabilisation Control (ESC)  yang merangkumi Traction Control (ASR), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Electronic Differential Lock (EDL), Anti-lock Braking System (ABS) dan tujuh beg udara.

Audi-A3-Carbon-Edition-mekanika (6)

Ditawarkan dalam tempoh terhad, Audi A3 Carbon Edition boleh anda miliki pada harga RM194,333 seunit. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.audi.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button