Buletin

PROTON TINGKATKAN PRODUKSI PERSONA

Proton Holdings Berhad (Proton) kini meningkatkan produksi model sedan Persona berikutan peningkatan tempahan yang berterusan.

Proton-Persona-mekanika (3)

Selepas siap melakukan proses naik taraf di saluran pengeluaran Persona, Proton mengubah suai jadual pengeluaran model itu di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.

“Berdasarkan kepada maklum balas pasaran, kami dapati permintaan yang memberangsangkan untuk Persona. Jadi, kami meningkatkan produksi sedan ini selepas pengeluarannya dihentikan seketika untuk tujuan penambahbaikan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Proton-Persona-mekanika (6)

Dilancarkan pada 15 Ogos 2007, Persona mencatat jualan sebanyak 265,882 unit sehingga 31 Ogos 2015. Sedan itu juga telah memenangi banyak anugerah seperti Model Terbaik 2008 oleh Frost & Sullivan.

Untuk memenuhi permintaan hingga akhir tahun, Proton telah meningkatkan stok pengedarnya di seluruh negara. Tempoh menunggu Persona kini ialah selama sebulan.

Proton-Persona-mekanika (7)

Dikuasakan oleh enjin Campro IAFM bersesaran 1.6 liter, Persona ditawarkan dalam varianPersona Super Value (SV) dan Persona Executive pada harga bermula RM44,658 seunit.

Proton kini mengadakan kempen jualan ulang tahun ke-30 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kempen ini melibatkan bayaran muka rendah untuk model-model tertentu dan trade-in sebanyak RM3,000. Di samping kadar pembiayaan menarik serendah 1.99% dan jaminan lanjutan sehingga tujuh tahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button