Motosikal

MODENAS LANCAR MOPED CT115S

Selepas lama senyap dalam pasaran moped tempatan, Modenas kembali bangkit menerusi model terbaharunya, CT115S.

Modenas-CT115S-mekanika (11)

Ia merupakan model terkini dalam keluarga CT yang dibangunkan 100 peratus oleh unit Penyelidikan dan Pembangunan Modenas di Gurun, Kedah. Unit tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk membangunkan CT115S.

Jika ada yang ingin kata reka bentuk luaran CT115S tidak jauh beza dengan model kapcai lain di pasaran, harus tahu bahawa Modenas telah membuat kaji selidik pasaran. Hasilnya, rekaan sebegini yang paling diminati ramai.

Modenas-CT115S-mekanika (7)

Tubuh CT115S mempunyai banyak garis-garis tajam. Rekaannya juga memberi penekanan terhadap aspek aerodinamik agar lebih stabil dan berprestasi. Bagi menawarkan kualiti tunggangan yang mantap, moped ini menggunakan sistem suspensi jenis Monoshock dengan lima tahap pelarasan.

Kemudahan CT115S dipertingkatkan menerusi satu soket kuasa 12V di bawah tempat duduk yang membolehkan anda mengecas telefon pintar. Biarpun begitu, ruang meletak barang nampaknya sangat terhad.

Modenas-CT115S-mekanika (4)

CT115S digerakkan oleh unit enjin empat lejang, SOHC silinder tunggal yang mampu menjana kuasa sehingga 6.6kW dan tork 8.1Nm. sebanyak 80 peratus komponen enjin daripada Kawasaki telah dihasilkan dalam negara. Cuma transmisi dan klacnya sahaja daripada Kawasaki.

Bagi meningkatkan kuasanya, saiz kotak udara dan injap pengambilan telah diubah suai.

Modenas-CT115S-mekanika (8)

Moped yang mematuhi piawaian Euro 3 ini sudah sedia untuk dieksport. Jadi, Modenas akan memulakan eksport CT115 ke pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini.

Ditawarkan pada harga kurang RM5,000 seunit, moped ini disasarkan kepada pengguna berusia 16 hingga 35 tahun.

Modenas-CT115S-mekanika (6)

Modenas mensasarkan jualan  sebanyak 1,500 unit CT115S sebulan. Model ini diharap dapat mengukuhkan penguasaan pasaran motosikal Modenas dari  sembilan kepada 12 peratus bagi tahun 2015. Sasaran itu dilihat selari dengan strategi dan hala tuju syarikat untuk menjadikan Modenas jenama motosikal No. 1 menjelang tahun 2020.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir ditanya mengenai model TTR200 yang menerima minat mendalam daripada pengguna tempatan.

Modenas-CT115S-mekanika (2)

“Kami sudah menghasilkan empat unit prototaip TTR200. Walaupun model ini mendapat perhatian ramai, namun volumnya tetap kecil. Jadi, Modenas akan melancarkan TTR200 bila tiba masanya nanti,” jelas Amirudin.

GALERI

Modenas-CT115S-mekanika (1)Modenas-CT115S-mekanika (3)Modenas-CT115S-mekanika (5)Modenas-CT115S-mekanika (9)Modenas-CT115S-mekanika (13)Modenas-CT115S-mekanika (14)Modenas-CT115S-mekanika (15)Modenas-CT115S-mekanika (16)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button