Buletin

AUDI A7 SPORTBACK FACELIFT

Audi Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model A7 Sportback facelift. Model lima pintu itu menggabungkan keluasan sebuah sedan dengan rekaan sporty coupe dan kelebihan sebuah jentera Avant (station wagon).

Audi A7 Sportback

“Apabila Audi A7 Sportback mula diperkenalkan pada tahun 2010, Audi benar-benar menetapkan satu penanda aras terhadap reka bentuk automotif.

“Dengan A7 Sportback baharu, kami menggabungkan aspek reka bentuk, keselesaan, prestasi dan penjimatan bahan api,” kata Pengarah Urusan Audi Malaysia, Immo Buschmann.

Audi-A7-facelift-mekanika (1)

Audi A7 Sportback menampilkan gril Singleframe. Di samping bonet yang panjang,  garis badan maskular dan rim aluminium bersaiz 19 inci dengan jejari berbentuk V. Bahagian hadapan dan belakang menyerlah menerusi aplikasi lampu LED yang cukup bergaya.

Model facelift ini menggunakan aluminium dan besi regangan tinggi yang membuatkannya sangat ringan dan selamat. Ruang kargonya boleh ditingkatkan daripada 535 kepada 1,390 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Audi A7 Sportback

Jentera ini dijana oleh unit enjin 3.0 TFSI V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 333hp dan 440Nm dari serendah 2,900rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear S tronic tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda quattro.

Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.3 saat, 0.3 saat lebih pantas berbanding model sebelumnya. Biarpun dengan prestasi ini, Audi A7 Sportback masih mampu menawarkan penjimatan sekitar 7.6 liter/100km dan emisi CO2 176 g/km.

 Audi-A7-facelift-mekanika (4)

Di bahagian kabin, Audi A7 Sportback dilengkapi sistem bunyi dan navigasi plus MMI dengan skrin sentuh LCD MMI bersaiz 8 inci.

Sama seperti model-model Audi yang lain, Audi A7 Sportback sarat dengan ciri keselamatan seperti Electronic Stabilisation Control (ESC) yang merangkumi Traction Control (ASR), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Electronic Differential Lock (EDL), Anti-lock Braking System (ABS) dan lapan beg udara.

Audi-A7-facelift-mekanika (6)

Audi A7 Sportback didatangkan dalam tujuh warna pilihan seperti putih, hitam dan kelabu. Sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Audi, Audi A7 Sportback ditawarkan pada harga bermula RM625,900 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button