Modifikasi

TOYOTA CHASER MARK II

Saya sangat yakin mungkin hanya satu peratus sahaja peminat kereta yang sedar tentang kewujudan kereta ini. Empat pintu, tarik belakang, turbo, separa klasik.

Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (1)

Mungkin tak ramai yang taip perkataan ‘chaser’ dalam kotak carian mudah.my,  motortrader atau carlist.my. Realitinya, kereta ini boleh dikira dengan jari ada dijual di  sini.

Seingat saya juga, sejak beberapa tahun lepas, harganya serupa sahaja. Sedangkan  Nissan Cefiro A31 sudah boleh nampak harganya makin turun.

Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (6)

Toyota Chaser bukanlah kereta yang anda nak beli bawa masuk drag atau main track. Bukan main berat body kereta ni. Tapi kalau nak rare, nak nampak kepala orang toleh bila lalu, boleh beli. Ia berbeza daripada kereta moden tarik belakang sekarang macam BMW dan Mercedes-Benz.

Kereta ini kami jumpa masa melawat kedai ketam ikan masin kegemaran di Tanjung Lumpur, Kuantan. Pertama kali tengok pun hati dah terpaut. Brader Azhar sebelum ini pernah ada Nissan Cefiro. Sekarang, guna Chaser Mark II JZA80 yang dah siap separuh sewaktu dibawa pulang dari Sabah.

BACA – TOYOTA KE30 DIKUASAKAN ROTARY 13B!

BACA – FORD ESCORD V8 MR MUSCLE

Sapa sangka sedan besar lori ini menepati ciri kereta keluarga dengan sedikit  sentuhan. Ciri-ciri kereta keluarga mestilah besar, but besar, selesa, power, aircond boleh on masa parking, boleh bawa balik kampung dan angkut macam-macam dengan banyak.

Senyum sampai telinga Azhar apabila dapat tahu enjin 1JZ GTE 2.5 liter twin turbo ini dijaga dengan cukup baik oleh pemilik lama. Kotak gear juga sudah diganti kepada  manual lima kelajuan.

Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (15)

Aksesori enjin dipasang bersama kemasan untuk tujuan kosmetik. Penapis udara HKS, paip stainless steel, bay enjin purple rock, radiator aluminium, blow-off Tial, ekzos tahan karat dan peredam APEXi.

Chaser ini dipasang dengan suspensi boleh laras HKS untuk lebih keselesaan. Rim Rota buatan Filipina bersaiz 18 X 9.5 inci dipadankan dengan tayar Falken 225/45r18 di depan dan 235/45r18 di belakang. Brek semua standard Chaser JZA80.

Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (5)

Kalau duit bukan halangan, sediakan wang sebanyak RM10,000 dan order bodykit Wonder Shadow ini. Setelah fikir sedalam-dalamnya, Azhar buat keputusan meniru semula kit ini di kedai gentian kaca. Jadi sebijik pun kos baru suku daripada harga yang asal.

Masuk ke bahagian kabin memang terasa betul era 1990-an. Inilah tipikal kemewahan yang cuba diterapkan Toyota pada model-model flagship keluarannya. Warna-warna cerah digunakan pada banyak bahagian.

Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (14)

Azhar bagaimanapun sudah menggantikan tempat duduk asal kepada Bride. Sebuah meter Defi pula diselit pada tiang A.

Rarity, warna dan model yang susah nak jumpa macam inilah yang mewarnai dunia modifikasi negara kita. Sebenarnya, ada banyak lagi permata berharga di luar sana yang menanti tangan-tangan yang betul untuk direstorasi.

GALERI

Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (4)Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (7)Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (8)Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (9)Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (11)Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (13)Toyota-Chaser-Mark-II-mekanika (16)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button