Peranti

HUAWEI HONOR 7 – RM1,399!

Huawei, vendor telefon pintar ketiga terbesar di dunia semalam melancarkan model terbaharunya, Huawei honor 7.

Huawei-honor-7-mekanika (8)

Dengan slogan ‘Your unfair advantage’, honor 7 tampil bersama pelbagai ciri pintar dan kemampuan multimedia. Lebih menarik lagi, semua ciri tersebut boleh diakses menggunakan butang pintar dan cap jari.

Badan metalik honor 7 disalut dengan seramik. Butang-butang dan sensor pada peranti bersaiz 5.2 inci itu juga diposisikan supaya ergonomik untuk operasi menggunakan sebelah tangan.

Huawei-honor-7-mekanika (1)

Teknologi cap jari pada telefon pintar itu membolehkan pengenalpastian cap jari dilakukan dari semua arah (360 darjah).  Ia turut menyokong gestur intuitif yang membolehkan anda melakukan pelbagai perkara lain seperti menjawab panggilan telefon atau merakam gambar.

Dikuasakan oleh pemproses pintar HiSilicon octa-core Kirin 935 bersama A53 3GB RAM dan 16GB ROM, honor 7 mampu menawarkan prestasi yang lancar. Papan litar berbentuk L pula dapat mengurangkan masalah panas.

Huawei-honor-7-mekanika (9)

Anda boleh mengharapkan ketersambungan yang jeleas menerusi teknologi Signal+ Huawei dan antena berkembar. Ia menyediakan sambungan yang 80 kali lebih kuat berbanding kelajuan purata peranti hampir sama.

Bateri berkapasiti 3,100mAh menjanjikan masa kegunaan yang lebih lama, bersama kemampuan pengecasan pantas (pengecas pantas dijual berasingan).

Huawei-honor-7-mekanika (14)

Bagi yang gemar bergambar atau selfie, kamera belakang 20MP yang dikuasakan oleh Sony IMX 230 sensor dan teknologi pemfokusan pantas PDAF honor membolehkan anda merakam imej yang jelas di kawasan yang agak gelap menerusi kanta f/2.0 aperture.

Kamera hadapan 8MP pula menawarkan kanta sudut luas f/2.4 aperture dan flash binaan dalam.

Huawei-honor-7-mekanika (10)

Kemudian, serlahkan kreativiti anda dengan pelbagai ciri filter. Sebagai contoh, mode Good Food membolehkan anda merakam gambar makanan seperti jurufoto profesional.

honor 7 ditawarkan dalam dua warna iaitu kelabu dan perak pada harga cuma RM1,399 seunit. Pra tempahan honor 7 boleh dibuat bermula pada pukul 12am, 22 hingga 27 September menerusi laman web Vmall.my.

Huawei-honor-7-mekanika (2)

Mereka yang mendaftar sepanjang tempoh ini akan menerima baucar bernilai RM50 untuk digunakan dalam acara MyCyberSALE, selain jaminan skrin selama enam bulan. 1,000 orang pembeli pertama juga akan dihadiahkan dengan kad SD 32GB!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button