" "
Buletin

AUDI SAMAN NIO KERANA NAMA MODEL HAMPIR SAMA

Audi baru-baru ini memfailkan saman terhadap pengeluar EV China, Nio di Munich atas dakwaan pelanggaran tanda dagangan.

Menurut Audi, mereka percaya nama model yang digunakan oleh crossover Nio (ES6 dan ES8) didapati melanggar tanda dagangan yang telah didaftarkan oleh jenama itu untuk model S6 dan S8 mereka.

Wakil Nio enggan untuk memberikan sebarang komen berhubung isu ini.

Nio sebelum ini berjaya menembusi pasaran Norway pada Mei tahun lalu menerusi model crossover ES8 dan merancang untuk mengembangkan lagi penawaran model EV di negara Jerman, The Netherlands, Sweden, dan Denmark menjelang akhir tahun ini.

Difahamkan, Nio akan memasuki pasaran Jerman menerusi model sedan elektrik ET7. – Automotive News Europe

Google ads
Back to top button