Buletin

21 UNIT HURACAN KENA RECALL, PINTU TAK BOLEH BUKA

Selain daripada pengalaman dikalahkan pesaing lain di persimpangan lampu isyarat, antara pengalaman yang tidak mahu dirasai oleh pemilik Huracan adalah terperangkap di dalam supercar sendiri, terutama ketika berlaku insiden yang tidak diingini.

Masalah ini dikesan sewaktu pemeriksaan kualiti dibuat di mana seorang pekerja Lamborghini menjumpai klip keselamatan pada kabel Bowden yang tidak dipasang dengan betul.

Sebanyak 21 unit Huracan Evo dan STO di Amerika Syarikat telah dipanggil semula disebabkan isu yang berpunca daripada klip keselamatan kabel pembuka pintu yang tidak berada dalam kedudukan yang betul.

Sekiranya kabel tersebut longgar dari semasa ke semasa, ia mungkin akan menyebabkan pintu sukar untuk dibuka dari luar.

Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kegagalan komponen tersebut memungkinkan pintu sukar dibuka dari luar sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Namun begitu, pintu masih lagi boleh dibuka dari dalam pada bila-bila masa. – NHTSA

Google ads
Back to top button