
AUMARK S EURO 4 2024 DILANCARKAN – 4 ATAU 6 RODA, HARGA BERMULA RM98K
Dilancarkan bersama Foton eAumark ialah 2024 Foton Aumark S Euro 4, yang dibina menggunakan formula terbukti merangkumi aspek keselamatan, pelbagai guna, kuasa, kecekapan dan ketahanan.
Menurutnya, jenama Aumark S telah menambah baik pelepasan karbon untuk memenuhi standard Euro 4 yang diwajibkan Kerajaan Malaysia serta ditawarkan dengan pilihan empat dan enam roda.
Aumark S BJ1065 Euro 4 4-roda boleh ditetapkan jarak roda 2,800mm atau 3,360mm dan dikuasakan enjin Cummins ISF 2.8-liter dengan kotak gear ZF manual lima kelajuan.
Sementara itu, Aumark S BJ 1088 Euro 4 6-roda dilengkapi enjin lebih besar 3.8-liter dan kotak gear ZF enam kelajuan.

Kedua-dua trenkuasa sudah dinaik taraf untuk memenuhi piawaian Euro 4 dan keperluan biodiesel B20 bagi menambah baik kecekapan operasi.
Sebagai satu produk “Pakatan Inovasi Trak Super Global”, Foton Aumark sudah menjalani ujian sejauh 1.6 juta kilometer dunia sebenar dengan mengharungi pelbagai permukaan jalan, cuaca serta ketinggian.
Untuk rekod, Foton Aumark menguatkan reputasinya sebagai trak boleh dipercayai dan popular dunia, dengan lebih 4 juta unit dihasilkan sejak dijual 2003.
Beralih pada harga, Foton Aumark S BJ1065 Euro 4 4-Wheeler boleh dimiliki pada harga bermula dari RM98,400.
Foton Aumark S BJ1088 Euro 4 6-Wheeler pula dijual pada harga kompetitif bermula dari RM115,300.
Semua trak Foton Aumark S disokong jaminan mendahului industri iaitu 6-tahun/300,000km demi ketenangan minda dan pihak yang berminat dijemput untuk melawat bilik pameran Foton.
GALERI:








