
JMC VIGUS PRO WHITE SERIES 4X2 EURO 4 TIBA DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM89K
Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) secara rasmi melancarkan sebuah trak pikap ringan jenama JMC iaitu 2024 JMC Vigus Pro White Series 4×2 Euro 4, varian terbaharu dalam rangkaian produk JMC Vigus Pro di Malaysia.
Ia adalah model paling mampu milik dalam rangkaian produk selain JMC Vigus Pro White Series 4×4 dan model perdana JMC Vigus Pro Premium Series 4×4.

Menurutnya, daripada tiga varian ini, Vigus Pro White Series 4×2 baharu ialah varian tunggal yang menggunakan Sistem Pacuan 4×2, menjadikannya trak bandar paling sesuai untuk PKS serta syarikat pemula.
Vigus Pro White Series 4×2 Euro 4 dilengkapi kemudahan seperti skrin infotainmen sesentuh 8-inci dan pengelap cermin dengan sensor hujan selain memainkan tugas cemerlang sebagai trak serbaguna dengan kemampuan membawa muatan 950kg di atas katil kargo.
Seperti semua varian dalam katalog JMC Vigus Pro, White Series 4×2 juga dikuasakan enjin diesel ikonik 2.0-liter Puma 4-silinder dengan pengecas turbo.

Transmisi automatik digunakan ZF lapan kelajuan dengan pemilih gear elektronik dan paddle shifter menjadikan pemanduannya lebih lancar.
Beralih pada harga, JMC Vigus Pro White Series 4×2 ditawarkan pada harga RM89,999 di Semenanjung dan RM91,999 di Sabah dan Sarawak.
Sama seperti model White Series 4×4, ia juga dilindungi jaminan tiga tahun/100,000km. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melawat bilik pameran JMC atau laman web JMC Malaysia di www.jmcmalaysia.com.

