
MOTO MORINI SEIEMMEZZO LANCAR BULAN INI?
Umum sedia maklum bahawa Malaysia Autoshow 2024 bakal berlangsung hujung bulan ini di MAEPS dengan pelbagai motosikal baharu akan dipamerkan untuk pasaran Malaysia.
Antara yang mencuri tumpuan adalah MForce Bike Holdings yang akan mempamerkan lebih 100 motosikal termasuk yang sudah dipasarkan dan model akan datang serta bebebrapa model baharu yang akan dilancarkan.

Menariknya, kami difahamkan antara model yang akan diperkenalkan secara rasmi adalah Moto Morini Seiemmezzo. Model tersebut akan dipamerkan di reruai C03 terletak di Hall C.
Untuk rekod, MForce telah pun mempamerkan Seiemmezzo tahun lalu di acara sama namun ketika itu, model tersebut hanyalah sekadar tayangan awal sahaja.Â

Seiemmezzo merupakan bahasa Itali yang bermaksud enam setengah sekaligus merujuk kepada kapsasiti enjin 650cc.
Moto Morini Seiemmezzo STR/SCR dikuasakan enjin parallel-twin 649cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 61hp dan 54Nm. Enjin tersebut merupakan yang sama terdapat pada X-Cape 650 yang ditawarkan di Malaysia ketika ini.

Moto Morini juga mendakwa STR dan SCR mampu mencapai kelajuan maksima 170km/j meskipun dengan berat 200kg dan dilengkapi tangki 16L.
Berikut antara ciri lain ditawarkan:
- ABS dwi-saluran
- cakera brek (berkembar) 298mm depan, 255m (tunggal) belakang
- fork depan Kayaba 43mm dengan jarak pergerakn 120mm
- monoshock Kayaba belakang boleh laras (preload)