Buletin

AXIA TERIMA 20,000 TEMPAHAN

Sejak dibuka pada 15 Ogos lalu, model terbaharu Perodua Axia telah mencatat 20,000 tempahan sehingga kini. 

Axia-20,000-mekanika (10)

Jumlah itu sememangnya menjadi bukti jelas bahawa jenama Perodua cukup dipercayai oleh pengguna tempatan. Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan, Perodua menyatakan bahawa penghantaran kenderaan mungkin sedikit lewat berbanding jangkaan awal.

“Kami akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Axia dapat diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh masa yang sepatutnya. Kami memohon maaf dan berharap semua pelanggan dapat bersabar,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Axia-20,000-mekanika (6)

Aminar juga memberitahu, pihaknya kini sedang berbincang dengan vendor bagaimana untuk memenuhi permintaan yang tinggi ini.

Berikutan sambutan hangat itu, tempoh operasi 180 bilik pameran Perodua juga dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam bermula dari 25 hingga 28 September ini.   

Axia-20,000-mekanika (4)

Bagi memastikan pelanggan merasai pengalaman yang lancar dan memuaskan, mereka diminta agar berurusan dengan penasihat jualan Perodua yang sah.

Menjadi model EEC pertama di Malaysia, Axia dibangunkan hasil kerjasama rakan Perodua, Daihatsu Motor Company of Japan (DMC). Axia ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition and Advance pada harga bermula RM24,600 hingga RM42,530 (Semenanjung Malaysia) seunit.

Axia-20,000-mekanika (7)

Perodua Axia dihasilkan di kilang termaju Perodua – Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (Perodua Global Manufacturing) yang memulakan pengeluaran Axia pada awal September lalu.

Perodua Global Manufacturing mampu menghasilkan sehingga 100,000 unit kenderaan setahun dengan satu shif dan memiliki kadar automasi setinggi 75 peratus.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button