Motosikal

KTM RC 200 – RM16,888

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. (Eurotech Wheel) baru-baru ini menceriakan peminat motosikal tempatan apabila melancarkan model yang sudah lama ditunggu-tunggu, KTM RC200 dan KTM RC390.

SONY DSC

Kedua-dua jentera itu sememangnya cukup menarik, sehinggakan ia seakan-akan diambil daripada trak pasukan Moto3 World Championship. Jentera itu juga mengekalkan DNA KTM iaitu menggunakan enjin berkuasa pada kerangka yang ringan.

Harus tahu juga bahawa KTM RC200 dan KTM RC390 dibangunkan oleh pasukan sama yang bertanggungjawab menghasilkan model superbike 1190 RC8 R. Berbanding keluarga Duke, siri RC dikenali dengan fairing penuh yang membalut tubuhnya.

KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (16)

Berbekalkan gayaan moden, prestasi dan teknologi terkini, RC tidak menunggu lama untuk mendapat mendapat sambutan hangat daripada pasaran.

Untuk memudahkan bacaan dan galeri foto yang lebih banyak, apa kata kalau kita ulas dahulu tentang RC 200. Cerita mengenai RC 390 akan saya kongsikan dalam entri yang akan datang. OK?

KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (10)

Biarpun dijana oleh enjin yang sama dengan model 200 Duke, RC 200 bagaimanapun sebuah jentera yang jauh berbeza. Ia didakwa mempunyai nisbah berat kuasa yang terbaik dalam kelasnya. Ciri itu kemudian digabungkan dengan kualiti pengendalian yang sukar ditandingi.

Lebih menarik lagi, RC 200 menggabungkan komponen yang terbaik pada harga berpatutan. Ia hasil kerjasama KTM dengan pembuat-pembuat komponen berpengaruh seperti Brembo, Bosch dan WP Suspension.  

KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (20)

Enjin dengan sistem penyejukan cecair dan layout lejang pendek itu menawarkan kuasa, penjimatan bahan api serta maklum balas mengujakan. Unit enjin yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan jenis constant-mesh tersebut berupaya menghasilkan kuasa mencecah 19kW (26hp) @ 10,000rpm dan tork maksimum 19.5Nm @ 8,000rpm.

Aspek ergonomik serta kelincahan pengendalian RC 200 pula banyak disumbangkan oleh kerangka Trellis yang ringan dan tegar. Karekter tunggangan turut dibantu oleh penggunaan suspensi berkualiti tinggi daripada WP Suspension.

KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (5)

Tampil dengan reka bentuk radikal, RC 200 memang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Bahagian hadapan menyerlah dengan lampu kecil berkembar serta lampu LED sisi.

Rekaan bahagian belakang yang tirus itu pula disempurnakan dengan lampu LED. Sekali pandang, RC 200 seperti untuk penunggang sahaja. Jangan tertipu, kerana KTM membuatkan bentuk tempat duduk itu sebagai sebahagian daripada rekaan motosikal. Memang kemas!

KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (3)

Pengurus Besar Eurotech Wheel, Muhamad Zamry Abu Samah memberitahu, dengan pelancaran model RC 200 dan RC 390, pihaknya yakin dapat meningkatkan penguasaan pasaran kepada 18 peratus pada tahun ini. Angka itu melonjak daripada tujuh peratus pada tahun lalu.

“Kami mensasarkan jualan sebanyak 1,000 hingga 2,000 unit RC 200 dan RC 390 menjelang hujung tahun ini. Jika berminat untuk memilikinya, model ini sudah boleh dibeli mulai bulan depan,” jelas Zamry.

KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (11)

Tidak dapat dinafikan bahawa RC 200 memang satu tawaran yang menarik. Ia ditawarkan pada harga RM16,888 seunit!
[hr]GALERI 

KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (7)KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (4)KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (6)KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (8)KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (12)KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (21)KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (24)KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (23)KTM-RC-200-RM16,888-mekanika (14)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button