Pandu Uji

PROTON IRIZ – BERMULA RM42,438

Pagi tadi, pengeluar kereta nasional Proton akhirnya melancarkan secara rasmi model hatchback segmen B pertamanya, Iriz.

SONY DSC

Berlangsung di Proton City di Tanjung Malim, ambien mood terasa begitu positif. Iriz dilihat sebagai model penting untuk menjadi ‘game changer’ buat Proton. Ia menggalas tanggungjawab berat untuk kembali meletakkan Proton sebagai jenama pilihan dalam industri automotif negara yang sangat kompetitif.

Jika Iriz berjaya mencatat kejayaan sebagaimana yang diharapkan, Proton mungkin boleh menarik sedikit nafas lega.

SONY DSC

Mengambil masa selama empat tahun untuk dibangunkan, Iriz sememangnya menjadi model yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Reka bentuk dan sebahagian besar teknologi model itu dibangunkan oleh anak tempatan.

Justeru, model baharu itu tampil dengan strategi tersendiri. Iriz disifatkan sebagai sebuah model yang lengkap dari segi penampilan, teknologi, keselamatan, pengendalian dan prestasinya.

SONY DSC

Ketika menonton video ujian Iriz yang dilaksanakan di Sweden, memang kemampuan jentera ini cukup meyakinkan. Membelek brosur yang diberi, keyakinan itu kian bertambah. Terutama ketika meneliti barisan sistem keselamatan aktif dan pasif yang ada pada Iriz.

Berapa banyak kereta yang dilengkapi enam beg udara, sistem Vehicle Dynamic Control, Electronic Stablity Control (ESC), Traction Control, Hill-Hold Assist,  brek ABS, EBD, BA, ISOFIX, lampu amaran tali pinggang keledar, reverse sensor, immobilizer dan mendapat penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP dijadikan sebagai ciri standard untuk semua varian serta ditawarkan pada harga bermula RM42,438 seunit? Ada? Ada?

SONY DSC

Itulah antara kekuatan yang ingin ditonjolkan oleh Iriz dalam usaha bersaing dengan model-model hatchback popular seperti Perodua Myvi (Iriz tidak bersaing dengan Perodua Axia!), Ford Fiesta, Honda Jazz, Ford Fiesta, Suzuki Swift dan Kia Rio. Pastinya bukan satu tugas mudah, tetapi sekurang-kurangnya jurujual Proton kini ada poin yang kukuh untuk membuatkan pelanggan menimbang kemungkinan membeli Iriz.

Cuba untuk memenuhi kehendak audien yang seluas mungkin, Iriz ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive serta Premium dengan pilihan enjin 1.3 liter dan 1.6 liter. Varian itu kemudian dikembangkan lagi menerusi pilihan transmisi manual lima kelajuan dan automatik CVT.

SONY DSC

Enjin bersesaran 1.3 liter dengan sistem VVT itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 70kW @ 5,750rpm dan tork 120Nm. Sementara enjin empat silinder sebaris berkapasiti 1.6 itu pula boleh menjana kuasa maksimum 80kW @ 5,750 dan tork puncak 150Nm @ 4,000rpm.

proton-iriz-studio-mekanika (5)

Bukan itu sahaja, palet warna untuk Iriz juga banyak. Lebih tepat lagi, tujuh iaitu hijau  dan perak gelap (Silver moon dust) yang merupakan warna khas untuk Iriz serta lima warna lain termasuklah merah, biru, perak, hitam dan putih.

proton-iriz-studio-mekanika (2)

Harga Iriz adalah seperti jadual di bawah:

20140925_172833

Selain aspek keselamatan yang impresif, Iriz juga memiliki penampilan menarik. Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana memang akan ada yang kata Iriz tiru rekaan model itu dan ini.

Tetapi, jika dibandingkan dengan model-model Proton yang terdahulu, reka bentuk dalaman dan luaran Iriz memang telah mengalami revolusi yang boleh dibanggakan. Perkadarannya kini lebih sempurna dan menyenangkan mata yang memandang. Nampaknya, Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman dan pasukannya sudah berjaya menjalankan tugas mereka dengan baik.

proton-iriz-studio-mekanika (3)

Masih terngiang-ngiang di telinga saya ketika mengunjungi Centre of Excellence Proton di Subang tidak lama dulu untuk mendengar sesi taklimat dan melihat Iriz secara dekat. “Kalau tak beli lagi tak tau lah,” kata Ketua Pegawai Teknikal Proton Holdings, Abdul Rasyid Musa, beberapa kali.

proton-iriz-studio-mekanika (1)

Secara peribadinya, saya sentiasa melihat produk Proton sebagai kereta yang bagus. Terutama dari segi pengendalian dan aspek keselamatannya. Namun, malangnya kekuatan itu tidak disokong sebaiknya oleh faktor-faktor lain, misalnya aspek perkhidmatan selepas jualan. Inilah antara perkara yang perlu diambil perhatian sangat serius oleh Proton mulai sekarang.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCproton-iriz-studio-mekanika (9)proton-iriz-studio-mekanika (4)SONY DSCproton-iriz-studio-mekanika (8)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button