Buletin

BMW ‘BERMINAT’ AMBIL ALIH KILANG HONDA DI SWINDON, UK

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Honda telah mengambil keputusan untuk menutup kilangnya di Swindon, United Kingdom pada tahun 2021. 

Langkah yang mengejutkan itu diambil Honda berikutan UK bakal keluar daripada blok Kesatuan Eropah tidak lama lagi.

Walaupun Honda tidak mengaku bahawa penutupan kilang adalah disebabken oleh Brexit, pemerhati industri berpendapat Honda dapat melihat kesukaran perniagaannya selepas Brexit berlaku. 

Penutupan kilang itu bakal menyebabkan leboih 3,500 orang kehilangan kerja dan menjejaskan rantaian industri automotif di UK. 

Biarpun begitu, semalam timbul khabar angin bahawa BMW berminat untuk mengambil kilang tersebut. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Sebelum ini, BMW ada memberitahu ia akan memindahkan sejumlah pengeluaran MINI ke kilangnya di Belanda.  Bagaimanapun, tiada keputusan konkrit akan diambil sehinggalah status perdagangan UK-EU dimuktamadkan.

Apa yang pasti, BMW memerlukan kilang dengan kapasiti lebih besar untuk menghasilkan model X1 yang menggunakan platform MINI UKL1. Menyumbang kepada 13 peratus jualan keseluruhan BMW, X1 dijangka mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.  

BMW menafikan khabar angin itu. “Buat masa sekarang, tidak ada rancangan untuk kilang tambahan di UK,” tegas jurucakap BMW.

Kesatuan perdagangan Unite dan kerajaan UK difahamkan sedang fokus untuk memujuk Honda agar menimbang kembali keputusan mereka dan terus beroperasi di Swindon, bukannya menjual kilang itu kepada pihak ketiga. 

Dalam perkembangan berkaitan, usaha untuk menyelamatkan pekerja di Swindon dan industri seakan-akan mendapat nafas baru apabila Toyota dan Suzuki bersetuju membina kenderaan hibrid baharu di kilang Burnoaston Toyota di Derbyshire. 

Para pengeluar kenderaan bimbang impak Brexit akan membuatkan perdagangan berada di bawah terma Pertubuhan perdagangan Dunia (WTO). 

Menurut penganalisis kerajaan, ‘pemisahan’ UK daripada EU yang tidak teratur boleh mencetuskan huru-hara di sempadan dan tarif import akan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang.  

Tags
Google ads
Back to top button