Artikel Pilihan

BAGI MAZDA, KESERONOKAN PEMANDUAN BERMULA DENGAN POSISI YANG BETUL

Jurutera di Mazda seperti Tomoniro Otsubo dan Hiroki Uemura menghabiskan masa sekitar 10 tahun bagi mengkaji poisisi pemanduan yang ideal dan bagaimana ia mempengaruhi keseronokan pemanduan sesebuah kereta. Malah kajian mereka turut melibatkan sudut kedudukan tangan, bahu, lutut dan lengan ketika memandu bagi posisi yang ideal

Ini kerana perkara pertama yang pemandu buat ketika memasuki kereta baru ialah mengubah posisi kedudukan kusyen, penyandar, cermin sisi, cermin belakang dan juga stering bagi mendapatkan kedudukan yang ideal. Kedudukan ini mestilah selesa tapi pada masa sama mudah bagi pemandu membuat kawalan pada kenderaan

Bagi Tomoniro, perkara pertama yang perlu dilakukan dalam menghasilkan sebuah kereta baru ialah memilih lokasi kedudukan pemandu pada kedudukan yang tepat diikuti dengan meletakkan pedal minyak, pedal brek dan juga stering pada posisi yang neutral kepada pemandu adalah sebahagian daripada falsafah Jinba Ittai.

Posisi pemanduan yang ideal bagi Mazda ialah posisi yang paling selesa sekali kepada pemandu. Bagi memaksimumkan keupayaan pemandu ketika memandu, adalah penting bagi memastikan semua peralatan pemanduan direka supaya selesa dengan pemandu. Bukannya meletakkan stering, pedal minyak dan brek sesuka hati dan memaksa pemandu duduk lama berjam-jam, kerana situasi ini akan memberi tekanan pada pemandu

Bagi mencari kedudukan pemanduan yang ideal, Mazda telah menghasilkan 3 langkah mudah sepanjang 10 tahun kajian mereka. Langkah pertama ialah mendefinasikan kedudukan yang ideal dimana pada pandangan Mazda anggota badan boleh bertindak balas dengan pantas dalam keadaan ideal tapi pada masa yang sama sangat selesa untuk satu tempoh masa yang lama

Ketika kajian dibuat, jurutera Mazda akan mengukur sudut yang ideal pada pergelangan tangan, siku, lutut, bahu, pinggang dan pergelangan kaki. Kemudian jurutera Mazda akan menentukan sudut pandangan pemandu dalam kawasana “Eye Line Zone”. Dalam sudut ini pemandu akan mendapat sudut yang baik bagi kedudukan pemandu boleh melihat dengan jelas arah depan dan lebih jauh ke depan

Langkah kedua ialah meletakkan semua alat kawalan dalam postur yang selesa ini. Sebagai contoh pedal minyak diletakkan pada kedudukan pergelangan kaki terasa natural tanpa memerlukan sebarang daya dari pemandu. . Kedudukan kusyen dan stering pula akan ditetapkan supaya posisi pemanduan sentiasa berada dalam keadaan natural sepanjang masa dan tidak mengganggu “Eye Line Zone”

Langkah ketiga ialah memastikan semua peralatan tersebut bekerja dengan harmoni dengan tangan dan kaki. Sebagai contoh pedal minyak menggunakan rekaan organ bagi memastikan tumit kaki berada di lantai dalam tempoh yang lama. Tumit tadi bertindak sebagai tapak bagi operasi menekan pedal minyak dan brek. Pedal jenis organ pula membolehkan kaki menekan pedal dengan lancar tanpa menggunakan tekanan yang kuat

Rekaan pedal jenis organ ini juga mengurangkan penat pada otot kaki bagi perjalanan jarak jauh. Terdapat 2 otot pada bahagian kaki yang digunakan untuk menggerakkan kaki dan menekan pedal. Otot yang lebih besar (muscle calf) digunakan sekiranya pedal minyak memiliki berat timbal balas yang seimbang.

Jika pergerakan kaki dari kedudukan tumit rapat ke lantai tidak selari dengan pedal minyak, pemandu perlu menggunakan otot yang besar dan otot kecil (shin muscle) sekaligus yang akan menyebabkan pemanud mudah terasa lenguh. Idea rekaan pedal yang bagus ialah mengelakkan penggunaan shin muscle

Jika semua langkah ini berjaya dilakukan, kedudukan pemanduan yang ideal berjaya dicapai dan ia meningkatkan aspek keselamatan dalam pemanduan. Sebagai contoh masa tindakbalas brek bertambah 0.1 saat jika tumit tidak diletakkan pada lantai kereta ketika membrek. Sekiranya anda memandu 100km/j, ia menambah jarak membrek beberapa meter dan dalam situasi sebenar anda mungkin terlibat dalam kemalangan

Kelebihan kedua ialah pemandu dapat berkomunikasi secara terus dengan kereta dimana kereta dimana ia akan memberi respon pantas pada input pemanduan secara terus. Ini adalah asas kepada falsafah pemanduan Jinba Ittai yang diimpikan oleh Mazda.

Google ads
Back to top button