Artikel Pilihan

SIAPA ELON MUSK NI? – LOYER, MAJISTRET ATAU DOKTOR AYAM?

Elon Musk mungkin satu nama yang cukup popular baik dikalangan peminat dunia automotif mahu pun penggila IT. Sekarang nama beliau semakin naik selepas mengambil alih Twitter selepas lebih dua bulan. Secara peribadi kami tidaklah minat sangat dengan Elon Musk ni sebab banyak sangat kontroversi tapi kami akui ada juga beberapa sisi positif manusia bernama Elon Musk ini.

Musk mula melonjak naik 20 tahun hasil penglibatan beliau dengan Silicon Valley. Kini ramai yang mula menjadikan beliau idola dengan strategi perniagaan beliau yang boleh dikatakan. Tidak semestinya patuh syariah tapi bijak untuk cari duit.

Musk dilahirkan di Afrika Selatan (Waka waka ay ay) dan bakat perniagaan beliau terserlah dari peringkat kanak-kanak. Pada peringkat awal, Musk dan abangnya sudah mula menjual telur Easter coklat buatan sendiri dari rumah ke rumah di sekitar kediaman mereka. Rasa-rasa korang sanggup ke jual kerepek dari rumah ke rumah masa kecil dulu. Ada yang sanggup tapi semestinya tak ramai.

Menjelang usia 12 tahun Musk sudah pun mencipta permainan komputer beliau sendiri. Kanak-kanak Malaysia sekarang pada usia 12 tahun dah tahu apa itu sistem takaful kot (sebab ada dalam sukatan pelajaran sekolah rendah).

Musk menyifatkan masa kecil beliau sebagai penuh kesukaran dengan penceraian ibubapa, sentiasa dibuli di sekolah dan kemampuan beliau untuk bersosial yang terbabas kerana menghidap Sindrom Asperger (sejenis autism – nak tahu lebih lanjut korang Google la sendiri).

Perkembangan beliau bermula sebaik meninggalkan rumah untuk masuk kolej di Kanada dan kemudiannya di Amerika Syarikat. Beliau mempelajari ekonomi dan fizik di University of Pennsylvania. Bukan calang-calang dalam boleh belajar dua cabang berbeza macam ni.

Isteri pertama Musk, Justine Musk menyifatkan Musk sebagai seorang yang tidak boleh menerima jawapan ‘Tidak’ untuk semua benda. Malah sewaktu menari di malam perkahwinan mereka Musk sudah menegaskan yang beliau ialah alpha dalam hubungan mereka sebagai suami isteri. Nampak tak Musk bukannya seorang ahli ataupun AJK Geng Takut Bini (GTB).

Musk kemudian diterima masuk ke program fizik University Stanford tetapi berhenti dan segera membangunkan dua buah syarikat IT sewaktu kebangkitan “dotcom boom” sekitar 90 an. Apa khabar bangsa mIRC semua? Ini termasuklah syarikat perisian web dan syarikat perbankan atas talian yang kini menjelma sebagai PayPal. Ia kemudiannya dijual kepada eBay dalam tahun 2002 dengan nilai USD1.5 billion.

Beliau kemudian melaburkan kekayaan beliau dalam syarikat roket baharu, SpaceX yang bertujuan mewujudkan pelancongan angkasa lepas dengan kos yang lebih rendah dan syarikat kereta elektrik baharu, Tesla (alah yang selalu kena saman tu). Opps.

Musk mempengerusikan Tesla dan membangunkannya sendiri sebelum memegang jawatan CEO pada tahun 2008. Kini beliau hanya memegang 13 pertaus saham Tesla dengan nilai sekitar USD178 billion. Mak aih, ingatkan 13 peratus tu sikit.

Mungkin ramai yang menyifatkan Musk sebagai lelaki ego dan unik tapi kita kena ingat yang dia tu seorang billionaire. Ada ke billionaire yang perangai tak pelik?

Google ads
Back to top button