
BAJAJ PULSAR NS400 2026 LANCAR DI EROPAH – DENGAN RIDE-BY-WIRE, EMPAT MOD, 40HP
Bajaj mula memperkembangkan tawaran motosikal ke pasaran Eropah bermula dengan Sepanyol dengan pelancaran Pulsar NS400 baharu.
Menariknya, bagi menyesuaikan model baharu itu dengan pasaran Eropah, Bajaj menaik taraf Pulsar NS400 dengan ciri terkini.

Pertamanya, Pulsar NS400 tersebut dilengkapi dengan sistem Ride-by-Wire yang menyaksikan model itu kini menawarkan empat mod menunggang, Road, Sport, Rain dan Off-Road. Selain itu, NS400 ini juga dilengkapi dengan ABS dual-channel serta traction control secara standard.

Bahagian casis merangkumi fork depan jenis terbalik (USD) 41mm manakala penyerap hentak belakang pula menawarkan pelarasan pra-beban (preload). Brek pula dikendalikan cakera 320mm depan dan 230mm belakang.
Antara perincian lain ditawarkan termasuk lampu LED penuh dengan Daytime Running Light (DRL).

Menggerakan Pulsar NS400 ini adalah enjin satu silinder 373.3cc ya DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 40hp pada 8,800rom dan 35Nm pada 6,500rpm. Ini adalah unit sama yang terdapat pada Modenas Dominar D400 yang dijual di Malaysia dan merupakan platform sama yang ada pada generasi pertama KTM 390 Duke.
Berat keseluruhan jentera hanyalah 174kg dengan tangki bahan api berkapasiti 12L. Ketinggian tempat duduk pula diletakkan pada 807mm.
GALERI: BAJAJ PULSAR NS400













