Buletin

ISUZU D-MAX 2.2L TURBOCAS RASMI DILANCARKAN – HARGA MULA RM103K

Isuzu hari ini secara rasmi melancarkan barisan D-MAX 2026 dengan enjin diesel 2.2 liter turbocas, menandakan langkah besar dalam evolusi trak pikap ini.

Enjin baharu ini hadir dengan peningkatan menyeluruh berbanding unit 1.9 liter terdahulu, termasuk kuasa, tork, kecekapan bahan api, ketahanan, serta tahap mesra alam yang lebih tinggi.

Yang paling menarik, Single Cab automatik 2.2 liter kini diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia, lengkap dengan transmisi automatik lapan-kelajuan yang disesuaikan untuk beban angkut lebih tinggi, serta sistem Rough Terrain Mode bagi pemanduan lebih mudah di laluan lasak.

Dalam usaha memenuhi piawaian alam sekitar, D-MAX 2.2 liter kini mematuhi Euro 5, menjadikannya antara trak pikap paling bersih dalam kelasnya.

Dari segi reka bentuk, model 2026 turut menerima kemas kini pada kluster lampu, gril, rim, dan pemijak sisi, bersama pilihan warna baharu seperti Inishmore Green Metallic dan Obsidian Gray Mica.

Single Cab 2.2 liter ditawarkan dalam Mercury Silver Metallic dan warna asas Splash White, lengkap dengan bampar warna badan untuk tampilan lebih premium.

Dari aspek teknologi, sistem infotainmen 10-inci kini tersedia untuk varian X-Terrain, Premium, dan 4×2 Plus, manakala varian Standard menerima head unit tujuh-inci dengan ciri Tailgate Assist. Semua varian 4×4, termasuk Single Cab Manual, kini standard dengan Rough Terrain Mode.

Dihasilkan dengan jolokan “enjin terbaik Isuzu setakat ini”, unit 2.2 liter ini menawarkan 163PS pada 3,600rpm, meningkat 8.7 peratus dari model 1.9 liter, manakala tork pula naik 14.3 peratus kepada 400Nm pada julat 1,600–2,400rpm.

Varian X-Terrain kekal sebagai model flagship dengan enjin 3.0 liter, sementara enjin 2.2 liter ditawarkan pada varian Premium 4×4, 4×2 Auto Plus, dan Standard 4×4.

Dengan gabungan reka bentuk baharu, dinamik pemanduan lebih baik, penjimatan bahan api, serta perbezaan cukai jalan hanya RM172 berbanding model 1.9 liter.

Harga bermula dari:

  • Single Cab 2.2L Manual: RM103,121.20 (Semenanjung), RM105,204.60 (Sabah), RM105,267.60 (Sarawak)
  • Premium 4×4 2.2L: RM141,821.20 (Semenanjung), RM144,804.60 (Sabah), RM144,867.60 (Sarawak)

Semua model menerima pakej servis percuma 20,000 km/2 tahun dan jaminan sehingga 150,000km atau lima tahun, kecuali X-Terrain dengan jaminan tujuh tahun tanpa had perbatuan.

Model baharu ini sudah mula berada di semua bilik pameran sah Isuzu di seluruh negara.

GALERI:

Google ads
Back to top button