Artikel Pilihan

BALAI BOMBA LOS ANGELES TERIMA JENTERA BOMBA BERKUASA ELEKTRIK

Balai bomba Station 82 di Los Angeles telah menerima dan mentauliahkan sebuah jentera bomba Rosenbaeur RTX. Ia merupakan jentera bomba pertama di Amerika yang dikuasakan sepenuhnya dengan elektrik dan merupakan jentera ke empat di dunia dengan kuasa elektrik

RTX dibina oleh sebuah firma berpengkalan di Astrian iaitu Rosenbauer menggunakan 2 motor elektrik iaitu satu motor elektrik pada gandar depan dan juga belakang, Gandar depan menghasilkan 490 kuasa kuda manakala gandar belakang menghasilkan 350 kuasa kuda.

Turut dipasang pada cesi jentera bomba ini ialah bateri sebesar 132kWh yang digunakan untuk membekalkan kuasa elektrik pada jentera dan juga aksesori pam air untuk memadam api. Bagi tujuan kecemasan, ia turut dipasang dengan enjin pembakaran dalam yang bertindak sebagai pengecas bateri

Enjin 3000cc 6 slinder yang menghasilkan 300 kuasa kuda ini dibekalkan oleh BMW akan disambung terus kepada generator bagi tujuan mengecas bateri sistem. Malah bagi tujuan meningkatkan kecekapan sistem, jentera ini dipasang dengan brek regeneratif.

Firma Rosenbauer mengeluarkan kenyataan bahawa jentera ini berupaya memuatkan 7 anggota bomba, 1000 kaki hos getah, tangga kecemasan dan 2650 liter air. Pam air yang dipasang pula mampu mengosongkan air dalam tangki dalam masa kurang 1 minit

Walaupun tempahan jentera ini dibuat pada pertengahan tahun 2020 dan dijangka siap pada tahun 2021, namun pandemik Coronavirus telah menyebabkan kelewatan penghantaran pada tahun 2022. Kos pembinaan jentera ini adalah sekitar RM 5.3 juta bagi setiap unit

Selain dari balai bomba Los Angeles, balai bomba California turut menempah unit kedua jentera bomba berkuasa elektrik ini dan dijangka mula beroperasi pada tahun depan.

Google ads
Back to top button