Artikel PilihanBuletin

BALASAN TUNAI UNTUK NISSAN KICKS KERANA REBUT PETAK PAKIR

Pemilik sebuah Nissan Kicks di Singapura telah menerima pengajaran yang setimpal kerana merebut petak pakir yang sedang dimasuki oleh sebuah Toyota Prius.

Berebut petak pakir ini sebenarnya sejenis penyakit yang menyakitkan hati. Nak pula kalau kita tengah ada urusan mustahak dan sedang menunggu kenderaan sebelumnya keluar. Tiba-tiba datang pemandu mangkuk hayun yang dengan selamba badak airnya masuk sebelum kita. Kalau tak sabar mau bertumbuk terus kan?

Insiden ini dikatakan terjadi di negara seberang tambak Johor hujung bulan lepas. Rakaman dashcam menunjukkan sebuah Toyota Prius sedang mengundur untuk memasuki petak pakir sebelum sebuah Nissan Kicks meluncur laju ke dalam petak pakir tersebut dan menghentam dinding penghadang di hadapan. Best kan tengok?

Ni lah jadinya kalau dah tak sabar. Patutnya cari la pakir lain dah memang kawan tu tengah mengundur nak masuk pakir.

Tapi kalau tengok pada kelajuan Kicks tu masuk pakir memang boleh tahan sampai terjungkit belakang. Depan sahih la remuk dan silap-silap beg udara pun diaktifkan terus. Siapa suruh gelojoh sangat. Kan dah mendapat.

Cuma kami pun tak pasti sama ada pemandu Nissan tu memang nak rebut pakir ataupun tidak. Mungkin juga dia tak nampak Prius tu. Tapi kalau tak nampak, jadah apa masuk pakir macam tu punya laju? Kan?

Apa-apa pun masa memandu tu tolong la bertimbang rasa sikit. Ini tak, ramai yang bila pegang stereng je terus otak simpan dalam bonet.

Google ads
Back to top button