Buletin

TOYOTA PRIUS GENERASI BAHARU TAMPIL REKA BENTUK LEBIH PADU, 220HP, PHEV

Toyota Prius generasi baharu kini tampil dengan tampil dengan reka bentuk penuh gaya dan ditambah dengan peningkatan prestasi lebih baik berbanding pendahulunya.

Khabar angin baru-baru ini dari Jepun mendedahkan bahawa Prius berjenama GRMN dijangka mempunyai rangkaian kuasa hibrid plug-in (PHEV) yang dinaik taraf, serta pelbagai peningkatan aerodinamik dan casis.

Menurut laporan Best Car, model generasi baharu ini dijana oleh hibrid plug-in 2.0 liter, menghasilkan 220 hp, menjanjikan tindak balas lebih baik serta bunyi lebih padu.

Tambah laporan itu lagi, kita tidak akan terkejut jika output gabungan melebihi 302hp RAV4 Prime.

Jurutera Gazoo Racing juga diberi sepenuhnya kepercayaan untuk menyediakan suspensi lebih baik untuk memberikan pengendalian lebih tajam selain, menggabungkan sistem brek lebih mantap.

Walau bagaimanapun, terdapat ketidakpastian sama ada Toyota akan melengkapkan Prius berprestasi tinggi dengan teknologi geabrox manual simulasi baharu.

Untuk penggayaan, kita boleh mengandaikan bahawa Toyota akan menaik taraf Prius dengan bampar depan dan belakang yang lebih sporty, skirt sisi, sayap belakang, serta roda berdiameter lebih besar.

 Setakat ini, Toyota masih belum mendedahkan tarikh debut model Prius generasi baharu tetapi kita perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga tahun hadapan.

Google ads
Back to top button