
CUBAAN LARI DARI POLIS GUNA TOYOTA PRIUS GAGAL
Secara asasnya, Toyota Prius merupakan sebuah kereta hibrid yang sangat boleh diharap, jimat bahan api, dan sangat sesuai digunakan untuk pemanduan seharian.
Namun, untuk lari daripada dikejar pihak polis dengan menggunakan sebuah Toyota Prius merupakan satu kesilapan yang sangat besar dilakukan oleh seorang pemandu wanita berusia 17 tahun di Amerika Syarikat.
Menurut laporan Motor1, dalam aksi kejar mengejar Toyota Prius itu dipandu secara berbahaya melebihi kelajuan 100 batu sejam (160 km/j) dengan bampar belakang yang hampir tercabut.
Aksi kejar mengejar tersebut terhenti apabila salah sebuah daripada tayar Toyota Prius itu pecah sebelum kereta tersebut berjaya dihentikan di tepi jalan oleh kereta peronda.
Tiada sebarang maklumat lanjut berhubung sebab wanita tersebut cuba melarikan diri daripada pihak polis. – Motor1