Buletin

RAKYAT M’SIA DI AS & UK PULANG SEGERA, KOS BAWA ANDA NANTI RM50 JUTA!

Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan rakyat Malaysia yang masih berada di Amerika Syarikat dan United Kingdom supaya pulang segera sebelum kedua-dua negara berkenaan mengenakan perintah berkurung sepenuhnya dalam membendung penyebaran wabak Covid19

Beliau berkata, buat masa ini masih ada pesawat komersial yang menawarkan penerbangan dari kedua-dua negara tersebut.

“Jadi, nasihat saya kepada rakyat Malaysia supaya pulanglah sekarang. Jangan tunggu lagi sampai negara-negara ini laksanakan perintah berkurung,” ujar beliau selepas menerima bantuan peralatan perubatan daripada duta China ke Malaysia Bai Tian di Wisma Putra hari ini.

HIshamuddin berkata, jika kedua-dua negara ini laksanakan perintah berkurung, dan mereka terpaksa diselamatkan kemudian, menempah penerbangan khas menjadi sangat mahal.

“Di Amerika Syarikat, jika kita mahu membawa mereka semua pulang (dalam penerbangan khas), ia akan menelan belanja sekitar RM50 juta.

“Lebih baik duit tersebut digunakan beli peralatan dan ubat-ubatan di sini,” ujar beliau lagi.

Sehingga hari ini, kes jangkitan Covd19 di AS sudah melebihi angka 100,000 sementara di UK pula lebih 14 ribu dicatatkan.

Hishammuddin memberitahu, usaha membawa pulang rakyat Malaysia di negara-negara seperti China, India dan Itali dibuat dengan bantuan pihak ketiga dan juga penaja.

“Timbalan saya (Kamarudin Jaffar) sentiasa mengemaskini keadaan semasa dan usaha kami untuk membawa pulang rakyat kita. Semuanya dibuat dengan bantuan penaja dan bantuan tanpa menyentuh dana awam,” ujar beliau

Hari ini, Malaysia menerima bantuan dari CHina berupa 100,000 unit 2019-nCoV nucleic acid diagnostic test kits, 100,000 unit topeng gred N95 , 500,000 topeng gred perubatan, 50,000 unit Alat Perlindungan Peribadi (PPE) dan 200 ventilator.

Google ads
Back to top button