Buletin

BANK MUAMALAT TAWAR MORATORIUM 6 BULAN UNTUK MANGSA BANJIR

Bank Muamalat Malaysia Berhad hari ini menawarkan Tempoh Bayaran Moratorium sehingga 6 bukan untuk semya kemudahan pembiayaannya kepada individu dan perniagaan di kawasang yang dilanda banjir. Moratorium ini ditawarkan bermula hari ini sehingga 28 Februari 2021

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin berkata “Bank Muamalat prihatin terhadap kesejahteraan pelanggan yang terjejas susulan keadaan banjiryang berlarutan menyebabkan ribuan mangsa dipindahkan, ladang musnah dan peniaga terpaksa menutup sementara operasi perniagaan. Oleh yang demikian Bank Muamalat menawarkan moratorium sehingga 6 bulan kepada pelanggan dengan menilai setiap permohonan berdasarkan keperluan kes”

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bank Muamalat. Sebelum ini, Bank Muamalat telah menawarkan bantuan yang serupa kepad pelanggannya yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang dan Kedah pada 2017.

“Kami memahami bahawa ramai pelanggan sedang menghadapi masalah kewangan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara ini, dan banjir ketika ini semakin membebankan mereka. Oleh itu, Bank akan terus menghubungi pelanggan yang terjejas melalui pelbagai platform media sosial untuk memastikan mereka mendapat penangguhan dalam kewajipan kewangan mereka pada waktu yang sukar ini,” kata Khairul.

Pelanggan yang ingin memohon bantuan perlu menyediakan bukti berdokumen yang berkaitan seperti foto dan pengesahan dari pihak berkuasa tempatan. Pelanggan yang mengikuti program bantuan bayaran ketika ini yang dikenal pasti sebagai “Bantuan Bayaran Bersasar” (TPA) atau “Penambahbaikan Bantuan Bayaran Bersasar” (ETPA) layak untuk memohon dan MPP menggantikan program sedia ada.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500.

Sumber berita – Kenyataan Media Bank Muamalat

Google ads
Back to top button