
HONDA UMUM PENGELUARAN DOMESTIK TERJEJAS. BEKALAN SEMIKONDUKTOR KURANG
Honda mengumumkan pengeluaran domestik di Jepun kemungkinan terjejas akibat kekurangan bekalan semikonduktor.
Bukan sahaja Honda, tetapi banyak pengeluar automotif berdepan dengan masalah permintaan berikutan krisis pandemik Covid-19.
Menurut akhbar Nikkei, pengeluar Jepun itu akan mengambil langkah berdepan masalah berkenaan dengan mengurangkan pengeluaran sebanyak 4,000 unit kenderaan pada bulan ini.
Pengeluaran model subkompak Fit yang dibangunkan di Suzuka akan terjejas daripada langkah tersebut.
“Syarikat mula merasai impak terhadap bekalan komponen kenderaan dan akan mengambil langkah-langkah pemindahan pengeluaran dan penyesuaian kuantiti.
“Dalam pada itu, syarikat juga sedang mempertimbangkan penyesuaian pengeluaran untuk semua model yang dikeluarkan,” kata jurucakap Honda. – carscoops
- BACA: HONDA KEKAL NO. 1 DALAM SEGMEN BUKAN NASIONAL 6 TAHUN BERTURUT-TURUT. CATAT JUALAN 60,469 UNIT, CITY PALING LARIS
- BACA: TAK LAKU!!!HONDA HENTI EDAR KENDERAAN BAHARU DI RUSIA
- BACA: HONDA MUNGKIN HASILKAN SEMULA MODEL MINI DAX. GUNA ENJIN SAMA MACAM MSX125
- BACA: NAK ANGKUT ZINK ATAU KAMBING? GUNA HONDA JAZZ SUDAH…