Artikel PilihanBuletin

BAYANGKAN JIKA SEMUA PENGELUAR HASILKAN SUPERCAR MASING-MASING

Idea membina kereta sports sebenarnya bukanlah benda baru. Selain tentang prestasi dan kelajuan, kereta sports dianggap produk mewah yang melambangkan kekayaan individu. Soal pandai ke tidak pandu tu nombor dua. Sebab itu kau selalu jumpa kereta supercar yang eksiden bangang-bangang. Buka je lah youtube.

Kereta supercar ini juga sudah menjadi standard dalam dinsutri seolah-olah ia hak eksklusif sesetengah jenama. Ferrari, Lamborghini dan Porsche misalnya berada pada skala pengeluaran massa dengan banyak model diperkenalkan. Kemudian ada jenama bukan mainstream seperti McLarens, Koenegsegg, Lotus dan Pagani. Kemudian ada jenama mewah-super seperti Aston Martin dan Bugatti.

Bagi pengeluar kereta produksi biasa pula, mereka masih ada barisan Supercar seperti BMW – i8, Mercedes – SLR, Nissan – GTR, Lexus – LFA atau Honda menerusi model NSX. Tapi bagaimana dengan jenama lain? kenapa tak buat?

Kos. Kalau banyak duit, nak je diorang Perodua nak saja buat buatsupercar tapi kalau keluar pun belum tentu orang nak beli. Dari elok-elok jual Bezza, sebab buat supercar, silap-silap boleh bungkus terus.

Tapi kalau imaginasi kau kuat, boleh bayangkan bagaimana rupabentuknya kalau jenama biasa ni ada supercar masing-masing. Laman web dari UK, Jennings Motor Group, beri sedikit gambaran bagaimana rupanya.

  1. MINI SUPERCAR

Agak aneh sebab Mini memang sebuah kereta yang bersaiz kompak dan kecil. Kalau jadi kenyataan, mungkin pesaing terdekatnya ialah Lotus.

2. RENAULT

3. FIAT

4. HONDA – Tak lain tak bukan, nampak pengaruh NSX

5. VOLKSWAGEN – Tak mustahil sebab mereka memang ada Audi (R8) dan juga Porsche di bawah satu bumbung. Jadi, lampu garis tius DRL tu memang membawa identiti VW.

6. TOYOTA – Walaupun ada Lexus, tapi supercar Toyota tak nampak macam rupa LFA, lampu depan menyerupai 86, tapi lengkok bampar tu dah macam McLarens kan?

7. SMART – Serius tolong jangan buat supercar Smart. Cacat!

8. KIA – Jeriji depan emmang identiti Kia, nampak macam Stinger pun ada

9. TESLA – Tesla memang ada banyak konsep sports, jadi ia memang nampak seeprti sebuah Tesla

10. LADA – Tak ada kena mengena dengan Asia pun. Kami tak fikir orang tau jenama Lada ni – kalau dijual kat kedai nanti depa panggil kereta cabai – hina kan?

SUMBER JENNING MOTOR GROUP

Tags
Google ads
Back to top button