BuletinModifikasi

MERCEDES W124 WAGON INI DITALA OLEH AMG DENGAN ENJIN V8 DAN 400HP PADA TAHUN 1987

AMG – singkatan daripada kombinasi Aufrecht dan Melcher iaitu dua orang pengasasnya yang digabungkan dengan Großaspach iaitu tempat kelahiran Aufrecht. Tapi, apa yang anda tahu tentang AMG? Mitsubishi VR4- AMG misalnya?

AMG pada awalnya adalah sebuah syarikat kecil sahaja yang menala kereta Mercedes Benz. Mereka bermula dengan menala enjin serta kereta buatan Mercedes-Benz secara bebas dan kontrak selama berpuluh-puluh tahun sehinggalah pada 1 Januari 1999 apabila 51 peratus saham AMG dibeli oleh DaimlerChrysler.

Selepas itu adalah sejarah gemilang dan kita boleh lihat bagaimana AMG berkembang hinggakan mempunyai model prestasi khusus yang dijenamakan sebagai Mercedes-AMG.

Juga menarik, AMG turut membekalkan enjin untuk kereta-kereta Pagani dan kemahiran teknikal kepada pengeluar Aston Martin.

BACA: ULANGTAHUN KE-50 AMG

Namun lama sebelum AMG mendapat sokongan terus Mercedes secara dalam produksi, mereka hanyalah tuner bebas. Generasi Aman Tino dan Fattah Hamid mungkin mengenali A45 AMG tetapi generasi Abang Japar teringat akan kelibat 190E Evolution II 2.5-16.

Tapi ada yang lebih hebat dari itu.

Pada tahun 1987, mereka pernah menghasilkan Mercedes-Benz AMG Hammer Wagon dan seperti pada namanya, ia sebuah W124 E Class yang ditala sehingga 400hp.

Di zaman sebelum adanya Audi RS4 dan RS6, kereta yang digelar “Hammer” ini mengejutkan dunia automotif sebelah Barat apabila bagaimana sebuah Wagon pekak boleh menjadi mesin ganas yang pantas.

Jika ia dibuat pada zaman ini, ia mungkin bukan sesuatu yang luar biasa tetapi bila dihasilkan pada 1987, sudah jadi cerita lain.

Kereta ini dimiliki oleh Jonathon Hodgman dan merupakan model asal 300 TD diesel wagon. Kemudian, ia dibeli oleh lelaki dari Kanada yang berhasrat untuk menjadikannya hadiah untuk isterinya.

Beliau kemudian meminta AMG melakukan pengubahsuaian supaya tidak ditinggalkan di lampu isyarat ketika menghantar anaknya ke sekolah.

Maka, AMG melakukan sesuatu yang istimewa. Mereka masukkan enjin V8 turbo.

Dan kos untuk pengubahsuaian tersebut berjumlah USD190,000 (hampir RM800,000). Ya. pada tahun 1987. Duit sebanyak itu mungkin boleh beli rumah paling mahal di Kuala Lumpur atau menjadi jutawan di Mentakab, Pahang.

Pada tahun 1987, mengeluarkan wang sebanyak itu samada kau masuk air atau duit tak habis pakai. Tapi, inilah namanya #hobikamimahal. Dah lah mahal, nak ubahsuai dari enjin disel masuk ke petrol bukan kecik anak punya kerja.

Hasilnya, 400 kuasa kuda.

Nah, sila tonton video di bawah

 

Google ads
Back to top button