Buletin

BAYARAN BULANAN PERCUMA DENGAN VW

Pandu pulang sebuah Volkswagen menerusi kempen pembiayaan menarik daripada Volkswagen Group Malaysia.

Volkswagen-free- monthly-instalments-mekanika

Pelan yang baru dilancarkan ini menawarkan rebat tunai dan bayaran bulanan secara percuma selama setahun kepada para pelanggan di Malaysia.

Promosi yang bermula pada September ini melibatkan model Polo Sedan, Jetta, Passat, Tiguan dan CC pada harga yang sangat mampu milik. Rebat tunai bermula daripada RM9,000 sehingga  RM25,000 untuk setiap model tersebut.

VW-Jetta-CKD-RM130,888-mekanika (20)

Sementara tawaran tiada bayaran bulanan selama 12 bulan boleh dinikmati oleh pelanggan yang membeli kenderaan di bawah pakej pinjaman kurang 7 tahun.

“Melalui kempen ini, Volkswagen mahu memastikan rakyat Malaysia berpeluang untuk memiliki kenderaan kami dan menikmati kejuruteraan terbaik Jerman. Sebab itulah kami telah mencipta satu tawaran baru untuk para pembeli yang mahukan kereta yang berkualiti, selamat dan bergaya,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Volkswagen-polo sedan-mekanika (1)

Lima model iaitu Polo Sedan, Jetta, Passat, Tiguan, Volkswagen CC Sport dan Volkswagen CC Std dilengkapi ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia serta direka untuk prestasi yang dinamik.

Kereta yang dibeli di bawah kempen ini akan menikmati jaminan dan mobiliti selama lima tahun. Ini merupakan salah satu alasan terbaik untuk memiliki sebuah kereta baharu Volkswagen sekarang.

Volkswagen-Passat-facelift-Mekanika (6)

Maklumat lanjut mengenai terma dan syaratnya, sila layari laman web:  www.volkswagen.com.my .

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button