Buletin

KEMPEN BAIK PULIH CVT HONDA CITY & JAZZ

Honda Malaysia semalam mengumumkan kempen memanggil semula model City generasi keempat (tahun 2014) dan Jazz generasi ketiga (tahun 2015).

Honda-City-recall-Mekanika (1)

Proses panggilan semula ini melibatkan 12,232 unit City dan 97 unit Jazz. Ia berikutan masalah perisian tekanan hidraulik pada kotak gear Continuously Variable Transmission (CVT). Kempen itu penting untuk membetulkan Powertrain Control Module (PCM) melalui naik taraf perisian CVT yang melibatkan satu perisian pengurangan tekanan.

Honda Malaysia menyatakan bahawa jika pedal minyak ditekan dan dilepaskan dengan pantas pada kelajuan tinggi, tekanan hidraulik yang tinggi akan menyebabkan tekanan ke atas drive pulley shaft. Ia mungkin akan membuatkan shaft itu patah dan kenderaan boleh hilang kuasa ketika memandu.

Honda-City-recall-Mekanika (2)

Biarpun begitu, sehingga kini tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan berikutan masalah tersebut di Malaysia. Honda Malaysia mengambil langkah itu untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa dilalui oleh mereka yang terlibat. Model-model lain yang dijual sekarang bagaimanapun tidak termasuk dalam kempen ini.

Semua pelanggan yang terlibat akan dihubungi menerusi surat. Pelanggan yang menerima surat itu diminta menghantar kenderaan masing-masing ke pengedar Honda terdekat. Semua caj berkaitan naik taraf produk akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Honda-Jazz-recall-2015-mekanika (1)

Pelanggan boleh memeriksa status kenderaan mereka dengan menghubungi nombor Tol Percuma Honda di talian: 1-800-88-2020.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button