Buletin

SUZUKI JIMNY DARI WALD INTERNATIONAL. SUMPAH. COMEL GILA!

Selepas keluar dari kilang, Suzuki Jimny ni mungkin antara 4X4 kecil paling comel dan menarik. Selepas dilancarkan, Jimny 2019 menjadi buruan tuner-tuner khususnya di Jepun dengan pelbagai aksesori dan salah satunya ialah Wald International.

Suzuki Jimny edisi Black Bison ini nampak begitu anggun dengan gabungan gaya moden Mercedes-Benz G-Class dan sedikit “perisa” Jeep Wrangler Edition Moab.

BACA: SUZUKI JIMNY SIERRA PICK-UP

Wald International memberi tumpuan sepenuhnya peningkatan bahagian kosmetik, termasuk bumper depan dan belakang yang direka semula yang kini menggabungkan lampu LED tambahan.

Wald telah memilih tayar MT yang lebih lebar dan itu memaksa bahagian bumper direka lebih lebar bersama fender buatan. Bahagian bumbung dilengkapi dengan bar cahaya bersepadu sementara sebuah spoiler baru di pasangkan pada bahagian belakang.

BACA: JIMNY LAKU DI UK. TEMPAHAN DIHENTIKAN

Mungkin perubahan yang paling jelas adalah gril yang direkabentuk semula mengelilingi lampu utama. Rupanya sejajar dengan gril dan bumper baru tersebut. Akhir sekali, bonet hadapan yang dipadankan dengan skup udara kecil.

 

Google ads
Back to top button